UMNO tak wakili melayu dan Islam – Khalid Samad
Khalid Samad merupakan pemimpin PAS yang paling tak berakal didalam sejarah politik negara. Ahli Parlimen Shah Alam ini juga membuktikan yang dia sedang mengalami kerosakan otak yang kronik.
Sewaktu berkempen di Pilihanraya Negeri Sarawak, Khalid Samad telah membuat satu kenyataan yang paling tak masuk akal kepada masyarakat Kristian di Kuching. Khalid menegaskan bahawa UMNO bukan mewakili semua bangsa melayu dan juga tak mewakili Islam keseluruhan.
Kenyataan Khalid ini dikeluarkan sewaktu sessi ceramah bersama DAP disebuah hotel bagi menangkis peranan kerajaan didalam menyelesaikan isu Injil versi bahasa melayu. Bagi Khalid, kerajaan UMNO adalah pemusnah kebebasan beragama di negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam ini juga menegaskan yang UMNO sedang cuba menukar agama Islam kepada lebih kemelayuan. Sebab itulah UMNO cuba mewujudkan peraturan baru sepertimana cop yang wajib diletakkan didalam Injil versi bahasa melayu.
Khalid juga cuba cuba memburukkan UMNO didalam isu kalimah Allah apabila mengatakan UMNO cuba menunjukkan bahawa melayu itu adalah bahasa Islam. Sebab itulah UMNO menentang keras penggunaan kalimah Allah oleh penganut-penganut kristian.
Selain itu, Umno telah disifatkan oleh Khalid sebagai cuba mencipta trend baru dengan menyamakan taraf melayu itu sama dengan Islam. Bahkan kata Khalid, sekarang ini UMNO cuba untuk menjadikan melayu itu lebih Islam dari Islam lainnya.
Ini semua merupakan permainan politik Khalid Samad bagi mempengaruhi masyarakat Kristian supaya membenci UMNO yang menerajui kerajaan. Modal inilah yang dijaja oleh Khalid semasa dia berkempen di Sarawak.
Perlukah seorang wakil parti yang dikatakan memperjuangkan Islam berkelakuan sebegini rupa? Khalid sanggup menghina dan mencerca saudara sebangsa dan seagamanya sendiri semata-mata hanya mahu menagih undi dari pihak kafir.
Patutlah PAS tak diterima oleh masyarakat di Sarawak. Jika beginilah cara berkempen yang dilakukan oleh wakil-wakil PAS, sampai kiamat pun mereka takkan mampu menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Cara kempen ekstrem yang dibawa oleh PAS ini sudah jauh ketinggalan zaman. Rakyat kini hanya mahu melihat pembangunan dan juga kemampuan parti merubah taraf kehidupan rakyat, bukannya mahu mendengar cerita karut seperti yang dibawa oleh Khalid Samad ini.
Khalid Samad benar-benar telah memalukan imej Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Malah Ahli Parlimen Shah Alam ini juga telah memalukan dirinya sendiri apabila dia sanggup menjadi balaci kepada DAP dan memburukkan umat Islam lain.
Jika perangai sebegini diteruskan oleh Khalid Samad sehingga pilihanraya umum yang akan datang, dia bukan saja akan disisihkan oleh pengundi di kawasan Shah Alam, tapi dia juga pasti akan hilang kepercayaan dari semua rakyat negara ini.
Dari mykmu.net