Aksi Video Sex - Pas Tunggu Siasatan Polis Selesai



KUALA LUMPUR 22 April – Pas akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan mendahului siasatan polis kerana sebarang keputusan mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, tidak boleh diputuskan berdasarkan andaian semata-mata.
“Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Kemudian baru kita boleh buat keputusan tetapi, buat masa ini, belum ada sebarang kesimpulan mengenainya.
“Selepas siasatan (polis) selesai, kita akan memutuskan kedudukan (parti Pas) dan kita tengoklah macam mana nanti,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya Pas menilai semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, berikutan pendedahan skandal video seks yang didakwa mirip Anwar, sehingga ia menjadi liabiliti kepada Pas.
Semalam akhbar melaporkan, hasil ujian biometrik (imbasan diri berkomputer) yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.
Dalam pada itu, ditanya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin agar Anwar bersumpah mubahalah, Mustafa berkata, Pas sudah membuat ketetapan yang jelas, iaitu biarlah proses siasatan dijalankan mengikut perundangan sedia ada.
Bagaimanapun katanya, Pas sedia untuk mempertimbangkan pendirian itu jika kerajaan bersetuju bahawa, kes rakaman video seks berkenaan perlu disiasat mengikut cara syariah.
“Siasat dulu. Proses yang dibuat oleh kerajaan ini berasaskan perundangan sedia ada. Jadi kita ikutlah undang-undang sedia ada,” jelasnya – utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive