Melayu Di Singapura Merempat...PKRDAPIGPAS Mahukan Orang Melayu Di Malaysia Begini!!!!


Man ada menbaca artikel yang di keluarkan oleh GWM mengenai orang Melayu di Singapura, sedih melihat orang melayu disana yang dikatakan ditindas dan hidup mereka macam merempat di negara sendiri.


Singapura ... negara kebanggaan juak juak parti PAS. Blog blog pembangkang khasnya cukup memuja dan teruja dengan sentuhan Lee Kuan Yew menjadikan Singapura lebih maju dari Malaysia.

Kononnya ... masyarakat Melayu terbela dibawah pemerintahan kerajaan PAP Singapura, abang kandung DAP! Kebajikan masyarakat Melayu dibawah naungan Lee Kuan Yew lebih terbela jika dibandingkan dengan orang Melayu di Malaysia.

Orang Melayu di Malaysia ditindas, kebajikan diabaikan, harta dirompak dan berbagai lagi fitnah dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN dan DS Najib.

Benarkah orang Melayu di Singapura semakin hebat dan terbela nasib mereka ...


Misliah Mohd Som, bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai baki USD125.00 (selepas ditolak sewa dan utiliti) untuk menampung perbelanjaan tiga anaknya. Yuran persekolahan anak tidak dibayar berbulan lamanya. Bagaimana dengan perbelanjaan harian, makan dan minum?

Ahli Parlimen hanya memperuntukkan USD 30.00 sebulan (RM 304.70) sebagai balasan menyokong dan mengundi. Keadaan ekonomi semakin buruk, masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah sudah tidak lagi mengalami kenaikan gaji sejak 10 tahun yang lalu.

Hebat ... hebat orang Melayu di Malaysia. Kakitangan awam sudah beberapa kali dinaikkan gaji, elaun dan berbagai lagi kemudahan. Kerajaan BN terlalu bermurah hati. Tidak dinaikkan gaji nanti, disokong dan diundi pula parti pembangkang.

Sudah diberi berbagai kemudahan, masih lagi memberontak orang Melayu pada kerajaan. Ditambah pula dengan hasutan dari parti pembangkang seperti PAS yang semakin berkiblatkan DAP.

Mungkin ini yang PAS mahukan selama ini. Persetankan hak orang Melayu ... Nak harapkan Anwar Ibrahim? Wan Azizah? Heh ... anak sendiri pun menentang dan memperlekeh hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mungkin orang Melayu perlu bergantung harap kepada parti DAP, adik kandung parti PAP Singapura ... mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu lebih terjaga dibawah parti dominasi orang Cina ... kerana kerajaan BN terlalu kejam selama ini?

Mungkin nasib orang Melayu Malaysia akan lebih terbela seperti Misliah Mohd Som ... Melayu Singapura yang hanya diberi USD 30.00 sebulan sebagai imbuhan mengundi dan menyokong parti dominasi orang Cina! ...GMW












6 comments:

Zali Ismail said...

salam,, maaf,, sy nak bertanya,, bknkah,, usd 30 sama dengan lebih kurang rm 90,, maaf,, cuma singgah bertanya,,

salam

bacondev said...

Di malaysia pun byk graduan yg menganggur xda kerja..last2 keja dpt rm18 sehari.

Anonymous said...

USD30=SGD32. taraf Hidup dekat Singapura sangat tinggi. Air mineral sahaja boleh capai SGD1=RM2.50. jangan bandingkan matawang ringgit dengan dolar. Jauh bezanya,

Unknown said...

saya merupakan pembaca melayu singapura,jangan sesekali kamu mengejek melayu singapura. kamu telah menyalah anggap kerana di otak kamu orang cina hanya ingin menjatuhkan melayu.tetapi tidak di sini, kami ke sekolah berjalan sama,ketawa bersama-sama, kami tidak mengenal warna kulit atau bangsa.ekonomi melayu singapura juga telah meningkat dan mampu untuk membeli aset berjuta ringgit di Malaysia terutama di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.Kami mempunyai professor melayu yang mampu membuat kajian perubatan kami sendiri di mana satu dunia sekarang tengah menikmatinya sekarang(ubat ubatan)

Unknown said...

majulah singapura!!

Hidup Melayu Islam said...

Kepala otak melayu singapura di tindas dari pelbagai aspek politik,pekerjaan dan bermacam2 lagi.Jadi melayu Malaysia yang jadi penjilat2 parti Cina Dap paling laknat jangan mimpi nak dapat keistimewaan kalau pembangkang menang.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive