Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,
YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.
Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.
Datuk Paduka keturuan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?
Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?
Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.
Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?
Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?
Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.
2 comments:
mahathir kata: melayu mudah lupa
apakah tun terlupa mengingatkan marina atau marina jenis berhati batu?
Delima napa tak habis habis bawa cerita marina? Kenapa kalau Marina berkokok apa yang dia cakap mesti betul? Tak bermakna dia sentiasa betul dan tak bermakna dia mewakili suara melayu atau rakyat. Ada yang dia cakap betul tapi banyak tak betul. Dia orang kelas atas dia tidak tahu masalah kelas perkerja dna apa yang kita mahu. Dia bercakap sebagai seorang yang selesa dan semua ada. Dia tak bercakap bagi pihak yang mahu protes sebab kos sara hidup tetap meningkat dan kita terperangkap bila di bandaraya KL gaji kita kecik.
Dia sangka diasentiasa betul. Memang itu ego orang yang hidup senang. Dia tau 'berisih' itu adah di rasuk oleh politik pembangkang walau apa pun niat bersih sebelum ini.Parti politk yang pimpin protes bersihd an kiat tau apa yang akan berlaku. Marina dan ambiga tidka boleh terima Bersih tidak akan jadi protes aman.
Memang tindakan kerajaan betul. Jika tidak sudah tentu lagi mudah anwar membawa huru hara.
Biarkan marina dan pendapat dia. Apa perlu kecam dan jatuhkan air muka dia? tak perlu. Semua orang ada hak buat pilihan. Tak perlu ikut dia. Tak perlu beri perhatian pada marina, jika tak setuju dengan dia. Siapa dia dalam perjuangan anda? jangan buang tenaga.
Kalau setakat protes secara damai saya sendiri pun sokong .Tapi untuk protes sebab kos sara hidup dah naik, api air dah naik, harga makan minum dah naik. Protes untuk itu ramai yang setuju. Tapi untuk Free and fair elections dan freedom of expression? Apa BN patut buat kaji siapa penasihat parti pembangkang dan 'bagaimana' mereka menang. 'Senjata' yang mereka belajar dari luar negara.
Kalau mereka ni di singapore dah lama kena tahan.Sistem kita lebih telus dari banyak negara. Mungkin tak perfect , macam negara barat juga. Kalau tak ada freedom of expression , semua akan berkokok dari jail. Tung shin-11 dan mereka yang menipu dah lama masuk jel. Tapi mereka masih boleh bersuara dan bertindak tidak rasional di dalam zon selesa masing masing Mereka bebas menghamun dan menghidupkan semangat benci dari bilik hawa dingin.
Wajah mereka yang penuh benci terpacar di kaca TV melaungkan revolusi terhadap kerajaan. Bukan dari dalam penjara.
Itu demokrasi malaysia dan kerajaan tak perlu rasa terperangkap. PM, Cukup la dengan stail 'cool' . Mereka akan tetap menghasut. Mereka tak tau negara kita lebih hijau dan demokratik dari negara lain termasuk singapura.
Kerajaan, kalau salah , langgar undang udnang keselamatan , mereka mesti terima akibat nya.
Jadi walaupun marina anak Tun M bersama Bersih dan masih mahukan revolusi , dia juga mesti kena tindakan. Jangan bertindak berat sebelah.
KELAS PERKERJA
Post a Comment