Mat Sabu Memuji Pengganas Komunis, Karpal Singh Pula Mencuit Perasaan!!!



Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.

Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya. chedet

2 comments:

Anonymous said...

Hebat tul politik putar belit karpal. dahulu dia juga yg buat kenyataan anwar brahim perlu bertaubat tapi akhirnya anwar juga yg dibelanya bertahun2 di mahkamah dan tak sudah2...........pas juga sememangnya yg bodoh bengong dan dah kapir dah..................

Anonymous said...

saya adalah penyokong Pas! tapi mulai PRU yang lepas saya telah beralih pada BN atas alasan PAS ibarat HAMPAS KELAPA putih bersih tapi tidak berguna! ! ! tapi BN ibarat DAGING BUSUK apabila dibasuh dan dimasak boleh dimakan. . . fikir-fikirlah wahai semua ahli PAS. . saya bercakap atas kesedaran! demi untuk masa hadapan bangsa kita! ! !

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive