Seperti yang telah diuar-uarkan, SAMM yang dipimpin ole Chegu Bard telah melahirkan satu resolusi radikalisme untuk menjadi frontline golongan belia. Katanya non partisan tapi yang PKR lead ini hendak dikategorikan sebagai apa? Badut sarkas...
Resolusi yang dicapai pada 24-25 Sep 2011 disebuah banglo mewah di Shah Alam mengariskan beberapa perkara dan jika dikaji sentimen dan elemen ideologi sosialis penuh dalam resolusi tersebut. Mahu memiliknegarakan sumber jana negara, penggubalan dan pemansuhan undang-undang serta mahu wujudkan sekolah politik.
Rupa-rupanya ada yang mahu mencilok dan geram dengan Chegu Bard
Nik Nazmi menyerang Chegu Bard dengan mengarahkan Setpolnya dalam laman twitter. Saifullah Zulkifli dalam komennya memperlekehkan usaha SAMM. Memang patut pun diperlekehkan kerana mahu gerakkan belia sebagai pemangkin revolusi di negara ini.
Chegubard ini dianggap oleh Saifullah Zulkifli sebagai pengacau di dalam PKR dan kini pengacau kepada golongan mahasiswa dan menuduh Chegubard menggunakan mahasiswa ini sebagai balacinya. Apabila Chegubard menyeru supaya revolusi perlu didesak, beliau sarankan supaya mahasiswa gunakan akal dan jangan jadi balaci kepada politik individu.
Lebih hebat beliau turut menyindir SAMM ini berangan-angan dan ada hati hendak mengajak golongan mahasiswa ini berevolusi. Nie Nik Nazmi yang tak puas hati ke atau Sam Ketot yang berbulu pasal coverage media highlite lebih padaChegu Bard?
Kat media nampak mesra tapi kat dalam penuh dengan sifat dendam dan curiga
Kalau diikutkan, bukan Nik Nazmi yang bengang tetapi Sam Ketot yang tak sanggup lihat Chegu Bard menonjol berbandng dirinya. Nak PRU nie masing-masing nak selinsing baju tunjuk lengan.
Khabar baru yang diterima makin kuat salakan dua puak nak tunjuk hebat....GARAM MANIS
0 comments:
Post a Comment