Utusan Mengarut - Nik Aziz


“Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu,” dakwa Mursyidul Am PAS.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

“Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

“Sedangkan benda itu ada. Ini kerana ‘orang putih’ tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

“Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

“Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. MPP

9 comments:

Anonymous said...

bising je nik ajiz ni.kes air kat kelantan pun tak settle.

cuba tanya dia balik,PAS kat mana time tu?sibuk jadi batu api

Anonymous said...

ateh, kalau berkongsi kuasa dgn dap si kafir tu adanyer dpt amalkan negara islam oleh pas? setakat 60 kerusi je minta dgn dap dan belum tentu semua akn menang, adanyer mampu perintah malaysia? kelantanpun belum tentu pru13 nanti. nyanyok punya cakap..............

Anonymous said...

Tok guru hak ni,kalu satu hari Kit Siang(DAP) kata TAHI itu emas, maka dia akan beritahu semua pengikut dan penyokongnnya bahawa benar sprti apa yg DAP kata, TAHI itu adalah Emas. Tak pelik, sebab dia ni mula2 dpt perintah kelantan dulu, awal2 dah isytihar, SYAITAN yg jelas ALLH SWT peringatkan sebagai musuh No Wahid manusia sbg rakan kerjasama PAS.Pengikut PAS pula mcm org dah tak ada akal, terima sahaja pa yg nik aziz bagitahu. Sia2 shj Tuhan Anugerahkan akal kpd mereka. Pertahankan Mat Sabu. Mat Sabu ni bukan sahaja hodoh rupa parasnya, perangai buruk, mengalahkan.... Air Wajah langsung tak ada cahaya keimanan. Ilmu jauh sekali ..... Tp diangkat oleh org2 PAS jd pemimpin no.2. Profesional tidak, ulamak jauh sekali...

Anonymous said...

Dirasakan macam lari tajuk sangat. Kan kat sekolah ustaz2 dah cakap tentang syurga neraka, pahala dan dosa....

Anonymous said...

NIK AZIZ NI SEMAKIN TUA SEMAKIN NYANYUK, DIA TAK TAU KA DISEKOLAH-SEKOLAH SELAMA INI ADANYA PELAJARAN AGAMA/PENDIDIKAN ISLAM. AWAT BANGANG SANGAT LANGSUNG TAK TAHU.MCM NI DIANGKAT JADI MB, TURUN LA BAGI KAT ORG LAIN PULA JAWATAN MB TU TAKKAN NAK PEGANG SAMPAI MATI. DULU DOK KATA MAHATHIR LAST2 KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. AKU PUN HERAN DENGAN MB KELANTAN NI. DAH2 LA TU ......

Anonymous said...

nik ajis ni dia rasa dia sorang saja mengajar syorga neraka.orang lain tidak, macam kunci syorga dia punya.tak paya nak konar banyak lah pak nik oii.sejarah tak menipu. ambil lagi tanah orang melayu bagi ka cina.buat rumah comel comel. kota bharu comel sokma.jual mahal mahal sebab orang kelantan kaya belaka.tengok bangunan dekat tesco, semua melayu punya. harga tak mahal sangat cuma rm750k saja.ambil, bayar pampasan murah murah, dan bagi ka cina. baru cina sayang pAS.tengok sri cemerlang, dulu ramai melayu la ni ramai pula cina.jalan kebun sultan dah jadi cina town . nik ajis cukup cukup lah. jangan nak menipu lagi.

Anonymous said...

minta maaf la..walau pun saya ni anak kelantan, sejak dari dulu kini dan selamanya tidak akan menyokong Parti PAS....tambah pula dengan kenyataan bodoh yang Menteri Besar buat dengan mnyokong MAD SYABU....NIK AJIS..TAUBAT LA...INGAT LA AWAK TU DAH TUA NAK MAMPUS DAH...INSAF INSAF LA..TAK CUKUP LAGI KE BUAT DOSA TU....

Anonymous said...

Tuan guru! mengucap! Umno banyak ajar ugama ! samaada di sekolah atau di kaca TV! tapi nak buat macamana rakyat masih tak mau ikut termasuk rakyat Kelantan. . pengaroh asing lebih kuat, tk menang nak tepis. . . sama2lah kita berusaha kearah kebaikan semua. . kita semua akn mati.

Anonymous said...

PAS Islam dan UMNO pun Islam! marilah kita bersatu! buang yang keroh ambil yang jernih demi ugama,bangsa dan Negara Malaysia. . . buanglah sifat2 ego yang tk menguntongkan. . lihatlah SOMALIA! mahukah kita jadi macam Somalia?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive