Rencana dari laman Malaysia Chronicle yang menyindir Dr Mahathir dengan segera dipaparkan di laman peribadinya yang memberi maksud beliau lebih bersetuju dengan kenyataan Melissa Lee dari portal baru pro-pembangkang itu.
Rencana bertajuk “Dr M reveals his dark side: Only limited human rights needed in M’sia” memetik kata-kata dari Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendakwa semasa pemerintahan Dr Mahathir, rakyat tidak diberi kebebasan asas sepenuhnya.
Semalam, Dr Mahathir bersetuju sebahagiannya dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara berkenaan ancaman baru gelombang hak asasi tersebut.
“Separuh daripada apa yang Abdul Rahim kata adalah benar… ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk tujuan nak selamatkan orang.
“Ini adalah yang ditakuti oleh Rahim Noor, tetapi umumnya kita mendokokng hak asasi tetapi setakat kita mampulah,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Usahawan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad), di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Katanya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mengamalkan nilai-nilai agama yang konservatif tidak dapat menerima pengalaman hak asasi manusia sepenuhnya sepertimana yang diamalkan di Barat, misalnya penerimaan perkahwinan sejenis.
“Jika kita ikut Barat, yang mengamalkan hak asasi manusia melampau seperti membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita, (maka ini) harus ditolak terus,” katanya.
Rahim Noor, semasa merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kali kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa, 26 Oktober menyeru rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan trend terkini gelombang politik baru yang bertopengkan hak asasi manusia untuk meruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.
Tanpa menyebut secara spesifik dalang dan parti politik yang memperjuangkan gagasan itu, Rahim berkata kelompok tersebut menjadi slogan hak asasi manusia sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil yang berpandangan liberal dan menolak sistem yang sedia ada termasuk institusi raja-raja.
Katanya, kumpulan tersebut menjadi Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.
Penggerak gelombang itu, katanya akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sejak dari sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli dan membina sistem baru yang berasaskan sama rata.:- AIDC
3 comments:
Saya amat bersetuju dengan Tan Sri Rahim Noor yang mana pehak pembangkang akan sentiasa menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh barat untuk memperjuangkan tuntutan mereka. Apa yang perlu ditekankan disini ialah kesedaran dikalangan orang Melayu akan sejarah sebenar negara ini. Orang Melayu mesti disedari bersungguh-sungguh oleh kerajaan akan sejarah sebenar dan hak-hak orang Melayu supaya tidak
hilang dari tangan mereka seperti yang terjadi kepada Singapura dan Pulau Pinang. Orang Kafir
dan pengkhianat bangsa seperti Anwar Ibrahim
tidak akan putus asa untuk mendapat kuasa
walaupun dengan tergadainya bangsa, ugama dan
negara.
Hai! sejak anjing tu. . . terlepas dari kandang! dia buat kacau sana sini! habis lintang pukang negara kalau dibiarkan dia bebas! apa yang di tunggu! ! ! kurung baliklah si anjing kurap tu . . kalau tidak tak selamat anak teruna dan dara kita.. . habis diliwatnya.
SETUJU DGN TAN SRI DAN TUN M...BANYAK NGO2 YG CENDERUNG KEPADA PEMBANGKANG..SUARAM,MTUC,MAJLIS PEGUAM DAN BANYAK LAGI NGO YG MENYALAHGUNAKAN TUJUAN PENUBUHAN MEREKA
Post a Comment