Peranan Umno Tidak Cukup Membantu Orang Melayu!!! - Dr. M


Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO.

“Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja.

“Malah saya tidak nafikan bahawa apa yang berlaku itu boleh membelenggu proses dalam kita merombak atau melakukan transformasi kepada parti, lebih-lebih lagi menentukan kelangsungan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Dan mengenali Tun (Dr. Mahathir), menjelang persidangan (Perhimpunan Agung UMNO), selalunya cabaran dan pemikiran sebegini dilontarkan untuk melihat sama ada kita mampu atau tidak menyahut cabaran beliau itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Utusan

7 comments:

Anonymous said...

Memang UMNO tidak membela melayu pun.UMNO cuma membantu pemimpin pemimpin UMNO aje untuk jadi kata raya.Rakyat marhain biar pi lah apa UMNO peduli.

Anonymous said...

jika UMNO tk bantu orang melayu...pakatan kot yang hanya membantu orang cina

Anonymous said...

pihak tertinggi umno harus mencari jalan membanteras budaya cantas-mencantas ini... cari calon yg berkemampuan bekerja, bknnya yg hanya pandai bercakap shj.... kembalikan kepercayaan org melayu kepada umno.... tak rela lihat m'sia dikuasai PR yang sah2 menyebelahi cina....

Anonymous said...

Memang betul kata Tun Dr. M tu...jika hanya harapkan UMNO aje bersusah payah nak bantu Melayu sedang pemimpin Melayu dlm PAS dan PKR asyik cuba mencari jalan nak kianati uasahawan Melayu yg. di bantu UMNO...tengok aje yg terbaru ...isu NFC dan Kedai 1 Malaysia....sebaliknya mereka tak pun nak cari salah jika ade org.bukan Melayu yg. mendapat sokongan UMNO/kerajaan.... misalnya di Kluang, Johor .di Pusat Pertanian Moden...byk taukeh Cina yg. mendpt tanah beribu ekar bagi mengusahakan tanaman sayuran, buahan dan ternakan...tiada pun pemimpin PAS & PKR bising2...

Anonymous said...

Bagi saya!UMNOlah sebenarnya pembela bangsa Melayu! bukan PAS atau PKR! kedua-dua parti ini adalah pelingkop atau penjahanam bangsa Melayu. Apa yang penting ialah UMNO mesti mempergiatkan lagi usahanya dalam membela bangsa Melayu demi masa depan anak cucu kita yang sudah tentu akan menghadapi cabaran yang lebih terok dari kita.

Saab Langat said...

nak tolong bungkus...buleh la

Anonymous said...

ya.. melayu banyak politician yg tak berkaliber, suka hijack project dan idea orang melayu lain lepastu claim credit..

tapi yg for sure, pembangkang melayu tolong cina bunuh orang melayu sendiri..

jual bangsa, jual agama, jual tanah air..

itu adalah pas dan pkr..

we will defend mahathirism to the last.. at least aku tau dia buat utk siapa..

tapi apakan daya,

parameswara dari srivijaya adalah orang yg bina angkor watt di laos.. ait?? sama macam melaka punya cerita je. the mat salleh has twisted your minds..

jangan jadi malai lembus..

to all the liberalist and pluralist - go to hell!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive