Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, mereka juga menggesa Ahli Parlimen Taiping itu bertanggungjawab terhadap kenyataannya menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran 'Hitam Metalik' dan 'haram jadah' baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli berkata, kenyataan Kor Ming itu sangat tidak beradab kerana mempersenda kedaulatan negeri Perak, malah semakin berani menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
Katanya, walaupun Kor Ming telah meminta maaf sebelum ini, namun permohonan maaf itu kelihatan tidak ikhlas dan dilakukan secara sambil lewa.
"Kami mahu dia mohon maaf secara rasmi, jumpa Menteri Besar dan minta maaf dengan dia. Selain itu dia juga perlu bertanggungjawab kerana mempersendakan kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.
"Jika dia tidak suka dengan negeri ini, dia boleh keluar malah dia tidak layak langsung tinggal di negeri berdaulat ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil DAP Perak, Cheah Poh Hiun di pintu masuk pejabat berkenaan hari ini.
Mereka yang berkumpul hampir satu jam turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Jangan Biadap, Penderhaka Sultan', 'Jangan Hina Kedaulatan Negeri Perak', 'Jangan Hina Melayu' dan 'Jangan Mulakan Politik Maki Hamun'.
Halim menambah, sebagai ahli politik, Kor Ming tidak wajar bersikap biadap dengan menjadikan isu sensitif berkaitan peribadi pemimpin sebagai agenda dalam menyuburkan benih kebencian di kalangan rakyat.
Justeru katanya, sekiranya Kor Ming enggan memohon maaf kepada Zambry dan seluruh rakyat negeri ini, gerakan tersebut tidak akan berakhir di sini malah diteruskan dalam kuantiti yang lebih ramai.
"Kor Ming perlu berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Jangan suburkan politik kebencian kerana ia akan menggugatkan keharmonian negara," tegasnya.:- MPP
15 comments:
ala diorag ni cakapje boleh la...dengan cina mana berani sentuh...cuba kalau dengan melayu..poyo je pekida ni
btul2 aku setuju......stakat buat demo jer apa barang....dah berapa byk demo dah buat tp takde apa pon,tp bangsa cina tetap juga maki hamun melayu.....stakat tengok jer
Anonymous 2 ekoq tu pun setakat nak komen je tak keluar pun lagi bacul !! ..
sekurang2nya ada yg berani pertahan....korg ni tau nk kritik je...bangang!
Bukan dia org nak mengkeritik..
kadang2 adauga betulnya...
Cuba lihat kes2 yg sebelum ni...
cakap ja bergegaar...
Begitu juga dgn kesatuan seni silat apa kesudahannya....
Perjuangan persatuan2 melayu sekarang hanya sekadar nak menampakkan diri dihadapan pemimpn sj.
Habuk tiada..
Sampai kesudah Melayu diperbodohkan kerana kesatuan yg Kuat menjerit kurang tindakan.
Jgn di harap Parti PAS akan membantu org melayu
Tembak aje mcm tembak babi liar..
1 permulaan yg baik n niat suci bagi perkida perak jgn buat lawak dah lah ...teman x cakap perkida x baik tp nak tunjuk bela org melayu tu biar ikut undang2 ....jgn peristiwa 13 mei berulang lagi dah lah .....kite org melayu orang beradad n berbudi bahasa ,,
masalahnye kita nak selesai cara baik..takan korang nak jd lg mcm 13 mei dulu?huru hara semua..selagi bole selesai cara baik,kita selesaikan cara baik..kan ke lebih bagus begitu...
sekurang2nya ada tindakan dr org2 melayu kita utk mempertahankan maruah bangsa & negeri dr terus dicemuh & dihina..
yang jelek nya pada malam kor ming mencerca kedaulatan negeri perak dan mb perak (melayu)yang berkopiah putih bergembira,bertepuk tangan tanda bersetuju....bagus melayu.kamu semua misti ingat jika cina celaka tu yg memerintah apa akan jadi kpd melayu.sedar diri lah sikit....
org islam sja boleh pgang dan perintah mlaysia,,sultan ada..apa nk takut,,,
Klu perkida terer,,,,, pergi lah tampaq cina yg dia kata biadap tu. setakat demo budak lom sunat pon bleh
pekida yg aku pnah dngr pukuL melayu jer,, cina x de lg...
hahahahahahahaha...
Post a Comment