Guan Eng Tak Berani Buka Pintu Pejabat Bertemu Rakyat!!!



Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu bersemuka dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menemui beliau bagi menyelesaikan beberapa isu berhubung kebajikan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, Guan Eng perlu bersikap terbuka dalam menunaikan tuntutan rakyat.

"Selepas empat tahun pentadbirannya, rakyat masih sukar bertemu dengan beliau dan perkara ini mengundang rasa kecewa mereka. Guan Eng perlu mencontohi cara kepimpinan ketua menteri dan menteri besar di negeri lain dan perlu berlapang dada menemui rakyat bawahan.

"Kalau dia seorang pemimpin telus, buktikan dan berani berjumpa rakyat serta NGO di negeri ini. Dia perlu terima sesuatu yang pahit dan manis yang berlaku di bawah kepimpinannya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak mahu bertemu Guan Eng bagi membincangkan dilema yang dihadapi orang Melayu Pulau Pinang.

Ketuanya, Mohd. Rizuad Azudin memberitahu, pihaknya akan menghantar satu surat berdaftar kepada Guan Eng hari ini dan tempoh dua minggu diberikan untuk memberi maklum balas.

Jika tiada sebarang jawapan diperolehi, Guan Eng akan dianggap bukan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Utara News

5 comments:

Anonymous said...

LGE memang tak mahu menghadapi dilema orang Melayu, dia cuma mahu mengkayakan orang bangsa dia sahaja. LGE racist..!

Anonymous said...

laaa baru tau ka ... ingatkan orang penang dah tau ... tak pa PRU 13 nihh kita tengok macam mana nak biar bagi LGE nihh berkuasa lagi ka orang penang nak buat kesilapan lagi ...

pikiaq2 la nooo

Anonymous said...

Ya-Allah, beri lah kemenangan kepada Orang2 Islam.

Anak Gayong said...

kahkahkah,,, kan tu Saidina Umaq, mana laa bleh hampa p kacau dia,, dia dok sebok sesangat tu, haa apa lagi, hampa ingat laa no lepaih nie nak buat pa no...

Anonymous said...

bukan apa yop,GE dok kira nak selesaikan semua hutang kerajaan, nak bebas hutang konon...tapi rakyat penuh dengan hutang...tolong gua laaa Guan Eng!!!! Gua miskin ni!!!!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive