Nik Aziz Sokong Kenyataan Anwar Ibrahim Yang Mempertahankan Israel!!



PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak untuk bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan sekalipun.

 Beliau berpendapat Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan perlu menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

 "Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

 Menurutnya, beliau yakin Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman Israel.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan pada Selasa, Nik Aziz berkata beliau memahami penjelasan Anwar tetapi mengulangi pendirian tidak sesekali mengiktiraf negara Israel seperti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

"Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini," katanya.

Nik Aziz berkata, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa perikemanusiaan menafikan hak umat Islam dan merampas hak seluruh rakyat Palestin.

"Justeru adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang tidak habis-habis menzalimi rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua," katanya. :- Semut Hitam

4 comments:

Unknown said...

Pas tidak bersetuju tapi sama-sama bersubahat dengan Anwar dalam menyokong keselamatan Yahudi.

nazir said...

1. Nik Aziz seorg Menteri Besar.... ermm mudahnya dia di pengaruhi oleh Anuar.

2. Peringkat umbi PAS boleh nampak kelemahan Nik Aziz dan bolek nampak begitu mudahnya Anuar memperbodohkan Aziz.

3. Majlis Syura PAS nampaknya gagal memperjelaskan isu Israil pada Aziz.

4. Tapi Nuar nampaknya lebih hebat dari Majlis Syura PAS yang mampu menyatakan Israil harus dipertahankan.

5. Jagan cakaplak lepas ni dengan menyokong Israik adalah salah satu taktik PAS untuk menang Pilihanrata.

6. Kawan aku org kelantan, tadi dia kata malu sgt dengan sikap menteri besar dia.

Anonymous said...

kesian nik ajis jadi mangsa putarbelit anuar nik ajis dh pening dh,,,mana hj hadi tak keluar setement pun...pas dh sesat jauh dh

Anonymous said...

Sah..PAS MEMANG TK SOKONG ISRAEL, tapi bagaimana pulak kenyataan Nuar menyatakan menjaga keselamatan Israel dan ditambah akan membuka ruang diplomatik jika beliau jd PM....ni bukan kes menyokong ke ?????
Aduhhh ayat macam ni mudah pun susah nak paham...Tunggulah di Mahsyar nanti, cubalah Nik Aziz terang di hadapan Allah SWT nanti.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive