BONGKAR!!!: Speaker Teng Chang Kim Kantoi SMS Berat Sebelah...


Satu SMS dari Speaker telah membuatkan sidang kecoh, dan ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan.  Semuanya gara-gara SMS dibawah:

"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now". 

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.  

Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)?  Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?  

Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku.  He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!

Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan!

"Talk about our success" jelas merujuk kepada kerajaan negeri, di mana Teng selaku speaker dewan, telah terang, jelas dan nyata meletakkan dirinya sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan SMS itu.  Itu satu petunjuk bahawa dia menyatakan pendiriannya.  

Dan peringatannya "This is possibly the last winding up sessions for exco", pula membawa kepada pemberitahuan kepada "exco-exconya", tentang apa yang sedang bermain di fikirannya.  Seperti bermain catur, Teng sedang menggerakkan pawn, castle, bishop dan knight dsb untuk membuat CHECK MATE!  

Segalanya dirancang, kemudian Teng seolah menyampaikan taktiknya kepada barisan exco kerajaan negeri.  Jadi, Teng bertindak sebagai MASTERMIND!

Setelah 4 tahun memerintah, hari ini, ditakdirkan oleh Allah, segalanya terbongkar.  Bukan menuduh, namun sama-sama kita fikirkan, apakah modus operandi yang sama telah berlaku sejak 2008 yang lalu?  

Teori di atas bakal menjawab cerita-cerita politik, bahawa Khalid Ibrahim hanyalah boneka untuk DAP.  Tugas yang seharusnya dipikul dan dilaksana oleh Khalid, rupanya dighaibi oleh Teng.  

Yaakob (spt di dalam SMS tersebut) merujuk kepada Yaakob Sapari, hero berkain pelikat yang berjaya menumpaskan sebuah lori pasir hantu, yang kemudiaannya tertumpas diri sendiri akibat tidur di sidang DUN.  

Cuba anda bayangkan, sekiranya permainan "catur" ini telah berlaku sejak 2008 kelmarin dulu.  Apa pun, bak kata pepatah zionis:

Sepandai-pandai tupai betina melompat, akhirnya dapat di snap foto bogelnya!

Muahahahahahaha... :- GT

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive