Wartawan TV Alhijrah Di Belajah Teruk Oleh Penyokong Bersih....!!


Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.

Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi. Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.


Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan. Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.


Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.

Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber : -mynewshub

3 comments:

Anonymous said...

syorkan polis guna kekerasan..jgn berlembut lagi

Anonymous said...

Enough is enough ...menteri KDN cukup2lah terlalu lembik..silent malaysian dah ilang sabar..polis we support u will all the arsenal u have.. dpt tangkap pendemo ni kasi hentam campak aja dlam lokap.....kalau rumah diaorg kena rompak jgn pi siasat(geram gua)...apa pasal nak buang duit kasi makan sedap2 layan macam vip..polis yg berkawal makan minum diaorg pun tunggang langgang sb menjaga keamanan...... dia org ni sedap2 makan free pakai duit "rakyat" ..dasar pembangkang lahanat....tak tahu bersyukur ...para pemdemo yg dungu lelaki dan wanita... kalau aku ada kuasa KDN mau aja tarik polis keluar dan masukkan askar baru diaorg mati katak...apa yg tak bersih lagi akupun tak tahu ni semua gila kuasa nak memerintah sebab kepala rasa besar ramai org malaysia yg dungu menyokong perjuangan mendapat kuasa......apa kiranya berdialog aku ingat kat pakistan aja demo tiap tahun rupanya negaraku sendiri...amat memalukan...wahai bebudak pas yg cetek akal ingatlah bila kuasa tiada lgi ditgnmu..akan kamu menyesal sehingga cicitmu pun sudah tiada gunanya....tinggalkanlah PAS..ikutlah ISLAM sebenar...bersekongkol dgn bukan islam menjatuhkan ISLAM RAJA dan BANGSA sendiri...ingatlah..ingatlah..ingatlah...menang sorak negara tergadai...Tun M telah nyatakan ini lama dahulu.......kamu yg menjadi pendemo aku harap kamu keluar dan duduklah dinegara yg kamu kata 100% bersih...aku telah lama menetap dinegara2 maju pendemo sanjungi ...silap haribulan pendemo kena pijak dgn kuda polis lagi...sedarlahhh hak kebebasan insan tidak pernah 100% jika kamu menghayati ISLAM seadilnya....will protect the nation from domestic and foreign threat...

Anonymous said...

sapa2 yang takda disitu jgn cakap KDN lembik..aku dengar cerita polis naik hantu apa bila mereka dapat berita ada polis terafik meninggal dunia yang kena pukul dengan penyokong bersih.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive