Menurut sumber, Azmin masih lagi ‘buat bodoh’ dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat – SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA.
Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu.
” Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut.
” Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini.
” Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan,” kata sumber dalaman keluarga tersebut.
Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.
Berikut sedutan pertemuan itu.
- Insiden di pagi Syawal tahun lalu
“Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja.
Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab. Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram.
Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang. Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan.”
- Tidak pandai jaga anak?
“Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini. Selanjutnya KLIK DISINI
3 comments:
Firaun dulu pun camtu..Apa punyang dikatakan oleh Nabi Musa semua tak diendahkannya sehinggalah akhirnya sewaktu hampir matilemas tu Allah memperlihatkan azabnya..barulah datng penyesalannya...but IT'S too late...semoga anak2 yang lupa diri tu jadikan iktibar dari kesah ini.
Buat Mak Tom banyak2 berdoa dan ampunkan lah Azmin tu mudah2an terbuka hatinya...dan Mak Tom akan lebih tenteram.Biarlah Azmin keras dek perbuatannya sendiri...
gila..manusia yang buat derhaka mcm tu di dunia dah diberi tunai balasan..x tau nak cakap apa manusia cakap dgn ibu mcm tu.kantoi 'aiskrim' tu baru sikit tu,banyak lg balasan menanti yang boleh didatangkan dr tempat yng dia x sangka2..
anak azmin akan buat pada dia macamana dia buat ibu dia sekarang malah lebih teruk lagi, balasan Allah didunia dah jelas, dasar anak derhaka.
Post a Comment