Dalam kenyataan itu, Dato’ Seri Azizan berkata, “kerja-kerja meroboh madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun kes berkenaan dibicarakan di mahkamah”. Alasan beliau ialah permohonan injunksi tersebut bukan melibatkan kerja meroboh tetapi hanya mengenai penjualan tanah.
Walaubagaimanapun, injunksi yang dipohon adalah berbunyi:
“SUATU PERINTAH INJUNKSI TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN (MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH) UNTUK MENAHAN, DAN/ATAU MENGHALANG DEFENDAN-DEFENDAN SENDIRI, EJEN ATAU PENGKHIDMATNYA DARIPADA MEROBOHKAN DAN ATAU MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT SEHINGGA ARAHAN SELANJUTNYA DARIPADA MAHKAMAH YANG MULIA”
Nampak sangat MB Kedah langsung tidak tahu apa yang tertulis dalam permohonan injunksi yang jelas terdapat perkataan ‘menghalang’ dari ‘merobohkan’.
Jika Nik Aziz merasa dirinya jauh lebih hebat dari para Mufti dalam Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Azizan pula merasakan dirinya jauh mengatasi undang-undang dan hakim.
Inilah bukti bahawa pemimpin-pemimpin PAS itu amatlah sinonim dengan sifat riak, takbur, angkuh dan sombong.
Menurut waris tanah tersebut, beliau mengambil tindakan membuat laporan polis kerana bimbang jika kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan dengan menghadapkan ustaz AZIZAN ke muka pengadilan, pertumpahan darah, pergaduhan, konflik antara waris dan jawatankuasa Madrasah Salihiah serta anak kariah dan seluruh umat Islam sekitar dengan kerajaan negeri boleh tercetus bila-bila masa sahaja.
Jelas, waris tersebut yang mewakili umat Islam sekitar dan pihak jawatankuasa Madrasah benar-benar tersinggung dan berang dengan Menteri Besar mereka. Nampaknya, ini bukan sahaja membabitkan masalah tanah waqaf dan sensitiviti umat Islam tetapi juga membabitkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin.
Rakyat semakin menyampah melihat keangkuhan kepimpinan Kedah yang langsung tidak menepati ciri-ciri kepimpinan Ulama yang seharusnya bersifat tawaduk lagi zuhud.
Sifat ini, ditambah dengan pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan sejurus selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri, menyebabkan rakyat tertanya-tanya di manakah letaknya Islam di dalam nama PAS?
Mungkin inilah contoh nyata Negara Kebajikan ala PAS di mana pemimpin mereka adalah Raja yang mengatasi kuasa mahkamah, undang-undang, hakim, Mufti dan juga Sultan-sultan. Bayangkan jika mereka memerintah negara, sifat diktator mereka pasti akan terserlah dengan lebih nyata, di mana rakyat akan dilayan seperti hamba. :- Berunag Biru
2 comments:
Apa habaq oghang aloq setaq..ulaqq ayaqq melengkaq ataih pagaq jatoh dlm ayaq acaq ketaqq ketaqq !!
Paih takut kat Dapig terketaq ketaq,teloq terserot macam kura patah kena pelangtaq.
Post a Comment