"Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya." - Wan Aziza


Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City di sini, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.

Mengulas mengenai klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin, Dr Wan Azizah berkata, itu adalah satu helah Umno yang tidak boleh diterima.

"Ini satu cara Umno yang telah saya lalui, kalau ikut hukum syarak, kena bawa empat saksi, kena ikut betul-betul cara Islam.

"Kalau nak bandingkan (isu) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) pun ada juga, tapi dia (Soi Lek) mengaku, politik tidak sepatutnya begini," kata beliau lagi.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga berkata, orang ramai boleh berdebat mengenai sesuatu isu berkaitan negara, tetapi tidak harus membawa politik ke tahap yang "tidak elok."

Majlis makan malam itu anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman. :- MPP

8 comments:

Anonymous said...

Balik lah kepangkuan ibumu dan tinggalkanlah Abg Nuarku..itu lah harapan Aziza......cantik punya skrip..

Anonymous said...

Betul kata Zizah jadilah macam presiden MCA beliau mengaku walaupun buktinya hanya rakaman video. Itulah seorang gentlemen.
Pintu taubat masih terbuka............

Anonymous said...

Mengaku je la asssmin, chua sok lek ok je...bole jadi presiden MCA lagi

usin said...

chua soi lek mengaku. anwar tak mengaku. badrul amin tak mengaku dan terkini azmin tak mengaku. hahahaha.... macam ada telur tapi tak de telur.

Anonymous said...

Apasal tak elak?...Macammana nak elak tok guru tak ajar utk elak..kata2 Aziz Sattar dalam filem Pendekar bujang lapok..

Kalau dah guru dok ajr menipu dan memfitnah sahaja dan tak diajarnya sikap bertanggungjawab macammana ..aku nak ngaku...bisik hati Azmin..BILA DENGAR NASIHAT Jijah NIE...I.E..JAM OMEGA MANA????

Anonymous said...

3 ekor setan PUKI-R nak menipu? Mereka ingat rakyat Malaysia ni bodoh ke? Kami ada mata dan akal lah!

Anonymous said...

Kalau lah dah Annuar tak ngaku, Badrul Amin tak ngaku, Wan Ijah tak ngaku, Nurul tak ngaku, Shamsidar tak ngaku, Azmin tak ngaku... eh eh... Khalid Ibrahim pun tak ngaku. Mak Lampir lagi la tak ngaku, Khalid Ismath tak ngaku, Saifudin Nasution tak ngaku ... Loh.. memang sah ler puak-puak kaki penipu.

Anonymous said...

Orang Pkr kuat telan Viagra, anuar terlebih makan sehingga suka lubang kunyit.....

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive