Duit Rakyat Di Seleweng Oleh Kerajaan Selangor!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa. Walaupun dari semasa ke semasa, kepimpinan Pakatan Rakyat cuba menggambarkan yang mereka sangat bersih, hakikatnya pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku di Selangor tidak lagi dapat disembunyikan.

Dari sekecil-kecil penyelewengan, sehinggalah melibatkan ratusan juta ringgit, para pemimpin Pakatan Rakyat, berebut-rebut hendak merompak dan menjarah negeri Selangor. Gelagat mereak seolah-olah Pakatan Rakyat Selangor sudah sedar yang mereka tidak mempunyai peluang untuk terus menguasai Selangor selepas PRU13 nanti.

Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.

JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.

Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir. Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.

Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.

Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber: Sel13.com

Lim Gun Eng Kurang Ajar Tak Mahu Mintak Maaf..!!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memohon maaf kepada rakyat di negeri ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta di kawasan pelancongan Bukit Bendera di sini.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, perbuatan tersebut disifatkan pembaziran wang rakyat kerana akibat kesilapan kerajaan negeri itu sebanyak RM8 juta lagi terpaksa dibelanjakan untuk membina semula bangunan tersebut.

"Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) perlu bertanggungjawab dan meminta maaf.

"Beliau juga perlu mengembalikan wang RM5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Pelancongan supaya Kerajaan Pusat boleh mengadakan lebih banyak program untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat bangunan tempat letak kereta di Bukit Bendera di sini hari ini.:- Utusan

Lim Guan Eng Nak Mampus Agaknya..!!


Di dalam The STAR, Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang telah menjawap kepada isu risalah 'My Balik Pulau' yang rasis dan menghina Kaum Melayu Pulau Pinang.

Yang kurang menyenangkan ialah Lim Guan Eng hanya cuba menyelamatkan diri dan kerajaan beliau sahaja serta mahu manyaman YB Farid Saad kerana didakwa memburuk-burukkan kerajaan DAP Pulau Pinang. Itu sahaja.

Padahal, Farid Saad hanya mahukan penjelasan daripada pihak kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malangnya, tidak ada pun kenyataan yang mengatakan bahawa Guan Eng akan memastikan pihak penerbit memperbetulkan segala kesalahan yang terdapat di dalam risalah tersebut. Kenapa?

Bukankah beliau KM Pulau Pinang?

Bukankah Lim Guan Eng selalu melaung-laungkan bahawa beliau lebih mementingkan rakyat Pulau Pinang dan beliau adalah 'kerajaan rakyat' ? Kenapa beliau seolah-olah tidak mahu bertindak tegas dan menjaga maruah kaum Melayu Pulau Pinang yang jelas telah disalahtafsir dan diperkotak-katikkan di dalam risalah tersebut? 

DAP kata mereka tidak rasis tetapi di dalam hal ini, kenapa Guan Eng tidak bersuara. Kenapa?

Dan yang peliknya juga ialah Lim Guan Eng mendakwa bahawa Penang Education Council (PEC) tidak menaja penerbitan risalah tersebut tetapi dibelakang risalah tersebut begitu jelas menunjukkan bahawa PEC adalah di antara yang menaja risalah tersebut. Rujuk gambar di bawah :-


PEC menaja risalah tersebut tetapi Lim Guan Eng menafikannya. Apa halnya tu? Apakah Lim Guan Eng mahu berbohong? 

Pejabat Perlancongan Perlancongan Malaysia (Pulau Pinang) pula menafikan bahawa pihak mereka menaja risalah tersebut. Malah, pejabat Kementerian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang hanya ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010. 


Apakah Lim Guan Eng berbohong sekali lagi apabila mengatakan bahawa Kementerian Persekutuan terlibat padahal tidak?
 

Dan yang hairannya ialah kenapakah risalah ini hanya diterbitkan pada tahun 2010 tatkala pentadbiran DAP di Pulau Pinang? Kenapa tidak diterbitkan sebelum tahun 2008 seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng? Apakah risalah tersebut tidak berani diterbitkan semasa pentadbiran BN dulu kerana pasti tidak akan dibenarkan kerana berbau rasis dan memesaongkan sejarah tetapi tidak sekarang?

Dan apakah Lim Guan Eng DAP tidak membaca penuh artikel-artikel serta ilustrasi-ilustrasi yang dipaparkan di dalam risalah tersebut? Apakah beliau dan Mansor Othman tidak tersentak apabila melihat pelbagai penghinaan tentang Islam dan Melayu di dalamnya?


Di sini MiM siarkan lagi ilustrasi yang menghina Islam dan Melayu :-

Melayu berpakaian koyak rabak tapi mahu buat kenduri kahwin beras-besaran. Penghinaan yang jelas!

Ilustrasi MAY LEONG : Ibadat korban seperti inikah? Pedang atau samurai seperti memegang colok!


MiM menyarankan, sebagai KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng mesti memanggil pihak penerbit risalah 'My Balik Pulau' dan menyuruh mereka membuat pengakuan minta maaf secara terbuka kepada rakyat Pulau Pinang. Mereka juga perlu menarik balik setiap risalah yang telah diedarkan dan diganti dengan risalah baru yang lebih tepat faktanya.

Tidak perlulah Guan Eng menyaman sesiapa. Kalau mahu pun, samanlah penerbit risalah tersebut kerana telah menghina kaum Melayu Pulau Pinang! Janganlah pula berselindung dan berkata beliau dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak terlibat. Buat mual sahaja.

Dan walau pun cadangan itu diusulkan oleh bLOG MiM tetapi apa salahnya Guan Eng gunapakai demi kebaikan rakyat Pulau Pinang. Kaum Melayu Pulau Pinang mahukan pembelaan dan keadilan. Nak diharapkan Mansor Othman PKR, TKM1 Pulau Pinang? :- MIM

Pertelingkahan Berpanjangang Di antara Puak Azmin Ali Dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim...!!!


Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.

Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.

Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.

PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkahan berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.

Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

HOT BEB...!!! FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR


Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006. Lihat Pendedahan Di Bawah Ini:-

Perhatikan kepada tanda-tanda kuning sebagai rujukan, kononnya Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower, di Paris, Perancis.


Tanda-tanda, sama ada dibulatkan atau dalam bentuk petak, mahupun dalam bentuk garisan terputus menunjukkan gambar ini telah diubahsuai (modified / tampered).

Lihat dengan teliti dibawah gambar sebenar Eiffel Tower di Paris, Perancis ... 

1) Mengapa terlalu gelap gambar Altantuya di hadapan Eiffel Tower di Paris.

2) Dari kedudukan manakah Altantuya bergambar sehingga menampakkan bayang-bayang X (tanda kuning) di belakang Eiffel Tower.

3) Mengapa ada struktur bangunan di sebelah kiri Eiffel Tower (petak tiga segi berwarna kuning) dalam gambar mendiang Altantuya sedangkan gambar sebenar menunjukkan tiada struktur bangunan dari mana-mana bahagian Eiffel Tower di Paris.

4) Bagaimana pula dengan dua lampu bulat yang dikuningkan dalam gambar Altantuya nyata malap.


5) Di bahagian garisan terputus, mengapa ada dua bahagian bayangan cahaya gelap dan kurang gelap. 


Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan Eiffel Tower mana sebenarnya? ... Las Vegas, Beijing, Brisbane atau di Filipina?


Mungkin masih ada persoalan yang timbul ... mustahil gambar Altantuya yang disiarkan di laman web Asia Sentinel ini palsu. KLIK DI GWM

Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib telah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.

Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.

Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.

Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji


Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa "menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa".

Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.

Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.

Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain.

Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam.

Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.

Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t?

Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.

Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya - demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.

Najib Pembunuh Sebenar Altantuya Tetapi Perancang Sebenar Anwar Ibrahim..!!!


Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.

Pembongkaran gambar-gambar Altantuya telah di dibuat, dimana gambar-gambar Altantuya berada dan gambar-gambar tersebut bukanlah gambar yang betul seperti yang diceritakan oleh pihak pakatan.

Ada sumbar mengatakan Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tian Chua untuk memainkan isu kes Altantuya dibunuh dan mengaitkan Dato' Sri Najib dan ada beberapa lagi pemimpin pakatan.

GELOMBANG WANGSAMAJU telah menbuat dua siri pembongkaran tersebut :-

 Siri Pertama KLIK DISINI



Surprise, Surprise, Surprise ...

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim mahu mengaitkan DS Najib dengan Altantuya sehingga mengambil sepenuhnya berita dari Malaysiakini untuk dimuatkan dalam blog beliau.

Dan bahagian yang disukai oleh GWM adalah petikan artikel dalam blog Anwar Ibrahim ini ...

“If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris,” Berthelsen told Malaysiakini.

Dibawah ini adalah gambar-gambar Altantuya yang didakwa berada dihadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral ... di Paris.

Siri Kedua KLIK DISINI


Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

East side of the Duomo with choir windows

Gothic Cathedral Duomo – The Pride of Milan (East side of the Duomo with choir windows)

Cukup nyata Anwar Ibrahim melalui Tian Chua yang bermati-matian mengatakan gambar Altantuya di atas adalah bukti bahawa mendiang pernah berada di Paris suatu fitnah yang menjijikkan dari seorang yang bertaraf ahli Parlimen (gigit polis).

Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel dan Tian Chua di Parlimen, semalam.

Lim Guan Eng Kaki Pembeli, Masih Mahu Meniipu Rakyat Lagi..!!




Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat. Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?

Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?

Pembaca Berita RAS ADIBA Sanggup Botakkan Kepala Untuk Baca Berita...!!!


Jika sebelum ini, ada akhbar yang melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi digantung dari tugasannya gara-gara membotakkan kepala, namun cerita sebenar lain pula kisahnya. Menurut laman rasmi Media Prima, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Ras Adiba tidak pernah digantung sebagaimana yang dilaporkan itu.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.


Demi kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Ras Adiba Radzi rela mengorbankan rambutnya untuk kempen tersebut bagi menyokong kanak-kanak yang menderita kanser.

Kempen tersebut yang dinamakan sebagai kempen 'Jom Botak' bertujuan untuk mengumpul dana sejumlah RM50,000 bagi membantu pesakit kanser. Moga usaha tersebut mendapat sokongan dan bantuan ramai pihak sekaligus dapat meringankan tabung Majlis Kanser.


Read more: http://www.myartis.com/2012/06/gambar-bila-ras-adiba-radzi-rela-botak.html#ixzz1z15WxRtF

Read more: myartis.

Anwar Dan Kisah Tauke Judi Lumba Kuda


SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung . Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya. Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam. Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.

Maknanya disitu, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan. Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu. Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini? Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini. Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca. Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya. Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini. Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini. Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

PAS Kedah Luluskan 4 Lesen Pusat Hiburan Sempena Ramadhan..!!!


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum..." katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. - Bernama

PAS Tawan Masjid Di Selangor Sempena Ramadhan..!!!


Nampaknya satu demi satu Masjid dan Surau akan diketepikan sebarang keputusan mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid yang diadakan. Imam dan pegwai Masjid akan dipilih oleh JAIS dengan konspirasi bersama PAS.

Gambar diatas pula di Taman Equine Seri Kembangan dimana JAId yang bersekongkol dengan PAS merampas Masjid Al Muttaqin Taman Equine.

Kata Pakatan rakyat demokrasi dan dulu merungut dan kompeln konon BN ketepikan keputusan AJK Masjid. Betul ke tuduhan itu jika mereka yang buat kini?

Bukan saja Imam dan Pegawai Masjid tidak dipilih, mereka juga bukan dari orang tempatan.

Nampaknya Exco Agama dipegang oleh manusia GAGAP yang tiada ilmu agama bukan saja tidak menyelamatkan akidah orang Islam yang dimurtadkan gereja tetapi kini mengkucar kacirkan silatulrahim dan kemuafakan masyarakat setempat.

Tujuannya jelas untuk PAS bersepakat dengan Pakatan untuk berkempen terutama sepanjang bulan Ramadhan. Jangan hairan orang kafir lagi banyak masuk mencemar surau dan masjid.

Mereka ini menuntut Bersih dan Keadilan tapi menggunakan kuku besi untuk merampas Masjid dan Surau demi politik sesat mereka.

Sepatutnya mereka takluklah masjid dan surau di Pulau Pinang yang dikuasai Lim Guan Eng.

Sumber : The Unspinner

Malaysiakini Mempromosi Perkauman


Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’. Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.

Kaum Cina Masih Ingat Apa Yang Berlaku Semasa Anwar Ibrahim Menjadi TPM..!!!


Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka ‘berkembang’. Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak ‘mengambil alih’ perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara. Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini. Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya. Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar ‘sesumpah’ oleh wartawan barat. Mengikut pendedahan buku The ‘I’ Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk. Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF. Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan ‘Non-Performing-Loan’ (NPL). Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri. Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum. Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini. Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa. Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang ‘moderate’ dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.:- Gerakan Timur

Nizar Mulut Longkang..!!!!


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa pemandu teksi di negara ini telah lama teraniaya di bawah sistem pemberian lesen teksi yang dimonopoli oleh kroni- kroni Umno.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan pemberian insentif berjumlah RM35 juta melalui Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilakukan sejak dulu lagi.

"Mereka (pemandu teksi) sepatutnya dapat wang itu sejak dulu lagi. Tapi penyeksaan, penganiayaan dan penghambaan kepada kroni Umno ini telah berlaku sehingga ada pemandu yang sanggup memajak teksi.

"Saya juga pelik kerana terdapat syarikat di bawah kroni Umno diberi 20 hingga 30 lesen dan bimbang jika baucar RM520 yang akan diberikan kepada setiap pemandu itu tidak sampai ke tangan mereka tetapi ke pihak syarikat," katanya ketika ditemui di Parlimen di sini. [VIDEO DI SINI]

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumumam Perdana Menteri yang akan memberikan baucar bernilai RM520 seorang kepada 66,538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program TR1MA.

Mohammad Nizar turut menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang terdesak sehingga sanggup 'melutut' kepada 70, 000 pemandu teksi.

"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada beliau kerana sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke 70,00 pemandu teksi," katanya

Tambahnya, tindakan Perdana Menteri itu merupakan rasuah yang amat jijik dan tidak akan memberikan impak besar. :- KLPOS

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP


Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

Nik Aziz Perlu Di Siasat Oleh SPRM - Salahuddin Ayub


Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan semula dengan kontroversi skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion, PAS sebagai sekutu pakatan pembangkang menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang itu disiasat pihak berkuasa.

Pendirian berkenaan disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor BankNegara, Datuk Abdul Murad Khalid kira-kira 13 tahun lalu berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasaatan atas apa-apa tuduhan dan itu adalah pendirian PAS," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Malah Salahuddin turut mencabar SPRM agar menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.

Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BadanPencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Bukan itu sahaja, Abdul Murad juga baru-baru ini dilaporkan menyatakaan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar.

ADA FOTO MAT SABU BERTUALA...?? KES KHALWAT MAT SABU D BUKA SEMULA


Bekas exco Pahang Taharuddin Yaakob menyifatkan alasan yang di beri oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sewaktu di tangkap basah sekumpulan pencegah maksiat dan polis bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan mencurigakan amatlah tidak munasabah sekali.


“Takkan pasal nak hantar ubat buasir..anda semua tahu tak apa ubat buasir tu? Ubat tu untuk orang ada masaalah buang air besar…takkan pasal ubat buang air besar, perempuan kena tu masuk dalam bilik hotel nombor 121 Mat Sabu? Siap bukak tudung lagi tu,” kata Taharuddin yang pernah bersama PAS selama 18 tahun sebelum bertindak meninggalnya parti songsang itu secara sinis.


Kata-kata Taharuddin tersebut membuatkan mereka yang menghadiri Bengkel Jentera Pilihanraya DUN Pantai Damai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang telah diadakan di salah satu hotel terkemuka di Kuching petang semalam tergelak besar!

Taharuddin adalah salah seorang daripada penceramah dalam program satu hari tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker Parlimen yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“MasyaAllah..ada juga orang macam ni ya..dah kena tangkap pun dapat mengelentongkan melepaskan diri tapi yalah..inilah politik PAS..apa-apa boleh jadi,” katanya lagi.

Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu “check in” di Hotel Perdana Kota Bharu, bilik bernombor 121. Selepas itu, pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan senarai nama nama hotel guest yang telah “check in”. Selanjutny DI AAKJ
Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Ini diperakui sendiri beberapa Pimpinan beberapa Cabang PKR Pro Azmin Ali yang sekian lama menyiasat perkara tersebut.
Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.:- Gelombang Rakyat

PKR Kuala Langat Dedahkan Dokument Sulit RM 3 Bilion ..!!


Dokumen sulit 'modus operandi' PKR Kuala Langat dalam mencari dana untuk membiayai perbelanjaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13.

PAS memang tidak lokek mencurahkan ilmu bagaimana PKR mampu mencari sumber dana sampingan.

GWM kurang pasti berapa banyak kedai perniagaan yang ada di Kuala Langat.

Andaikan ada 500 gedung perniagaan di kawasan tersebut dan PKR Kuala Langat mampu mengutip RM 20 sebuah kedai, maka jumlah kutipan derma pilihanraya mampu dicapai RM 1,000.

Ini baru PKR Kuala Langat, bagaimana dengan 26 lagi cabang PKR di Selangor?

Andaikan setiap cabang PKR ini turut mengutip RM 1,000 (200 buah kedai didarabkan dengan RM 20), maka kutipan kasar keseluruhan bakal mencecah RM 27,000.

Perlukah PKR menggunakan taktik rakus ini semata-mata untuk mencari sumber dana pilihanraya. Apa yang boleh dibelanjakan dengan RM 27,000 ini?

Adakah ini taktik 'mengalih perhatian' PKR kononnya mahu menunjukkan parti itu tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi bagi menempuh pilihanraya umum kelak.


Bukankah lebih baik PKR Kuala Langat meminta dana dari Timbalan Presidennya yang nyata cukup kaya dan mampu memiliki sebuah kenderaan Ferrari F430 Modena?

Tidak perlu PKR Kuala Langat cuba merompak wang rakyat jika sekiranya para pemimpin PKR itu sendiri sememangnya dan cukup mewah.

Lebih baik lagi minta sahaja dana pilihanraya dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Ada RM 3 bilion tu ...:- GWM

PKR Berebut Geran Selangorku RM300j...!!!


Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300 juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.

"Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar.

"Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, krisis dalaman PKR di Selangor semakin panas apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi negeri.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Setiausaha Politik, Faekah Husin yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas Exco kerajaan negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah mempersoalkan dana RM300 juta di bawah geran Selangorku semasa sidang DUN bulan Mac lalu.:- Utusan

Gila Kuasa PR Makin Menjadi-jadi



Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.

Nik Aziz Menjerat Diri Sendiri..!!!


Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

Forum Air Selangor Sekadar Menutup Kelemahan Pentadbiran Khalid Gagap..!!!


Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing- masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya ‘bercadang’ untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.

Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep ‘Supply vs. Demand’ iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air
mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.

Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahumengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya
mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Suaram Hina Undang-undang Perancis...!!!!


SUARAM, kononnya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dan berpegang teguh kepada keadilan. Menafikan hak kepada orang yang layak, iaitu tidak berlaku adil, adalah satu kezaliman. Berbohong dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang adalah tindakan yang bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berintegriti.

Dan itulah SUARAM, iaitu pertubuhan yang menggunapakai nama ‘hak asasi’ tetapi tidak punya integriti, tidak adil, tidak punya maruah, moral mahupun etika sekali gus tidak punya nilai walau sesen pun. Hari ini, kita melihat SUARAM begitu hina sekali kerana pertubuhan itu langsung tidak merasa malu atau bersalah, apabila berbohong kepada rakyat Malaysia dan dunia semata-mata kerana ingin memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Pembohongan itu pula, bukannya sekali, tetapi bersiri, di mana setiap sirinya memaparkan kisah yang kabur diselang-selikan dengan angka-angka yang berubah-ubah. Sekejap rasuah berjumlah EURO 114 juta dan kemudian berjumlah EURO 1.08 billion pula. Sekejap digambarkan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri dan kemudiannya dikatakan ada hubungan dengan Abdul Razak Baginda pula. Katanya, Altantuya adalah penterjemah dan seorang model tetapi semua urusniaga diadakan dalam bahasa Inggeris, yang tidak memerlukan terjemahan. Sekejap dikatakan rasuah dibayar oleh DCNS kepada Perimekar tetapi kemudian timbul pula nama-nama syarikat lain seperti Thales dan Terasasi yang langsung tidak disebut dalam kontrak pembelian kapal selam.

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama ‘Mahkamah Perancis’, ‘Undang-undang Perancis’ dan ‘Hakim Perancis’ bagi menguatkan penipuan mereka.

Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat mula sedar bahawa tiada perbicaraan pun mengenai kes ‘rasuah dalam pembelian kapal-selam’ oleh Malaysia, SUARAM mula panik. Lalu, tanpa berfikir panjang mereka cuba meneruskan dan membesarkan lagi pembohongan dengan harapan rakyat akan kembali percaya kepada mereka. Untuk itu, SUARAM berbohong lagi menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini.

Entah kenapa SUARAM menyangka yang Jasbir Singh hanya akan berdiam diri bila namanya digunakan untuk kepentingan pertubuhan itu. Mungkin SUARAM yang mewakili pembangkang ni benar-benar bodoh atau sekadar berada dalam dunia mereka sendiri, menyangka yang majoriti rakyat akan membantu mereka berbohong, termasuklah Jasbir Singh.

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan “Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa.”

Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina.

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM.

Namun, SUARAM, pertubuhan yang ditubuhkan oleh keluarga dan bekas banduan ISA iaitu pengganas dan pengancam keselamatan negara ini diterajui oleh manusia-manusia yang tidak tahu malu. Biar berkali-kali terkantoi, mereka akan tetap tegar berbohong.

Jelas, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan biadapnya mempermainkan mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia. Nampaknya, SUARAM menganggap semua orang sebagai badut, bodoh dan boleh dipermainkan malah Hakim Perancis juga boleh dipijak-pijak dan dipergunakan sewenang-wenangnya.

Undang-undang, peraturan, moral, etika semuanya tidak bermakna apa-apa bagi manusia-manusia peneraju SUARAM. SUARAM sememangnya tidak pernah dan tidak tahu menghormati sesiapa dan tidak layak langsung menyebut perkataan ‘hak asasi manusia’.

Tetapi, sepandai-pandai SUARAM melompat, akhirnya tenggelam juga. Hari ini, rakyat Malaysia secara rasminya, merujuk kepada para peneraju SUARAM seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran dan lain-lain sebagai manusia pengkhianat dan penipu yang tidak bermaruah. Maka, tidak hairanlah kenapa mereka tegar membela mereka-mereka yang mempunyai sejarah ditangkap mengikut Akta ISA. Hanya pengkhianat yang sanggup membela pengkhianat.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive