MISLINA MUSTAFFA HIDUP MEREMPAT.!!!


Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa,pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.Mislina berkata,sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.

“Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja.Dan saya akan ‘menjelajah’ dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.Menerusi projek Homeless By Choice juga,saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah.Bagaimanapun,ia tidaklah sesukar yang disangka.Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung.Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan,” katanya yang dihubungi mStar Online

Tambah Mislina,pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.Malah,kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah,berkahwin dan berkeluarga.

“Biarlah orang kata saya tidak betul.Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain,bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah,kereta dan sebagainya.Bagi saya itu membebankan.Berbeza dengan hidup saya sekarang ini,rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis,” ujarnya.

Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi,dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.

“Buat masa ini,saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM),Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini.Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa,” tutur pelakon kelahiran Perak ini. - MStar

9 comments:

Adik Mat Sabu said...

Orang macam ni kalau ada masalah Ambiga kan ada. Paling Cikai pun Abang Non boleh support.

Ehemm body boleh tahan.

Anonymous said...

macam omputeh la pulak. yalah ko boleh ke sana sini sebab ko tak payah pakai baju kain cukup. ko pun tak malu nak tunjuk serba serbi. tanya diri ko inikah tujuan hidup yang di kasi oleh Maha Pencipta untuk seorang wanita? tentu ko jawap ko punya pilihan ko punya sukalah. apa pulak nak hubungkait dengan Allah kan? Tapi aku tak berkenan satu, pasal dosa tu ko punya pasal, yang aku tak nak ada budak pompuan lain terikut gaya ko, faham?

Anonymous said...

MISLINA NI GELANDANGAN KE BERANGAN SAJA ...MANA ADA GELANDANGAN DRESS UP MACAM NI SIAP DENGAN SCARF CHOKER HE..HE..

APA PUN NAK JADI HOMELESS BY CHOICE TU PAKAIAN SECARA ORANG ISLAM PATUT DI JAGA...BY THE WAY AGAMA APA YANG DIANUTI BELIAU EK?

Anonymous said...

Orang macam ni boleh jadikan contoh ke? Dalam bag cuma ada 4 helai baju. Habis telekung, sejadah dan pakaian tutup aurat?? Takkan sampai masa tak sujud pada pencipta kita?? Jika haiwan membuat sarang, manusia pula memerlukan rumah. Ramai warga Amerika yang tidak mahu terikat dgn bebanan hutang mencari kaedah lain seperti membuat rumah sendiri dengan pelbagai bahan dari alam. Orang Amerika jadi homeless sebab mereka tiada choice. Nak pergi hospital pun kena ada insurance policy. Kita dalam negara ni, boleh dapat rawatan berserta ubat dengan bayaran RM1 sahaja. So, what she is trying to proof is big NONSENCE or shall we say...MORON.

Anonymous said...

Peluang terbaik yg dia ada jadi bini ulamak pas...lepas ni pakai purdah...cerita bab tutup aurat...atau pun tunggu pintu bilik hotel murah area brickfield....

Anonymous said...

Ingin menjadikan Malaysia seperti US.....

Kalau bergelandangan pergi dari satu masjid/surau kesatu masjid/surau aku boleh terima la....tapi kalau bergelandangan pi masuk otel ke satu otel...rumah kesatu rumah...sampai tido umah tambi n ah leng.....perempuan ni saja la...nak buat fahaman sesat.....

Anonymous said...

Bergeladangan dulu,nanti bila umur mencapai 40an,isi borang masuk Pas,macam Kak Esah kita.Masuk je Pas dekat dgn pintu syurga.Sekarang tak sembahayang dan geladangan tak apa.

Anonymous said...

Kesian, kenapalah cara hidup ini yang dipilih? Bukan salah ibu mengandung, kesian pada ibubapanya .

Anonymous said...

Harap-harap dengan 4 helai baju tu mampu untuk menutup aurat bersembahyang. Nak bersembahyang tak perlu telekung atau pun tikar sembahyang janji cukup syarat aurat dan bersih. Kalau tak cukup pinjamlah di mana-mana. Malaysia ni negara yang makmur banyak surau yang menyediakan telekung sembahyang dan rakyatnya pemurah. Kalau nak pinjam rasanya tidak ada masalah. Pergi ke surau mana-mana tunggu orang bersembahyang dan kemudian mintak pinjam. Untuk kebersihan diri seperti wuduk dan mandi hadas juga mudah. Sekarang stesen-stesen minyak banyak kemudahan yang disediakan. Saya berkata dari pengalaman sebab saya pernah bergelandangan selama 2-3 minggu juga sewaktu mula-mula nak dapat kerja. Walaupun singkat tetapi penuh peristiwa (Pengalaman tak boleh lupa berlindung dari hujan bersama sekawan anjing di dalam terowong belum siap - terharu dengan kebesaran Allah anjing pun tahu kita dalam kesusahan- tapi itu kisah lain - di lain kali la kita bercerita). Mudah cakap hidup bergelandagan ni memberikan pengalaman yang tidak ternilai kalau betul caranya. Berapa banyak orang sekarang yang mampu hidup tanpa handphone tanpa kereta dan tanpa rumah?

Sebenarnya pilihan beliau ni bagus juga. Cuma perlu diperbaiki bab-bab seperti aurat. Juga pastikan kita tidak ada tanggungjawab yang lebih penting seperti suami dan anak-anak atau ibu bapa etc. Bagi perempuan tangungjawab kemasyarakatan lebih ringan dari lelaki. Seperti sembahyang Jumaat dikecualikan.

Saya anggap beliau ni bermusafirlah kiranya sambil menulis buku dan mencari ilmu. Banyak juga ulama-ulama dan cerdik pandai Islam dulu juga hidup bermusafir dan menimba pengalaman. Jika niat beliau ni baik rasanya kalau mati pun mati syahid jugak.

Walau apa pun semoga Allah memberi rahmat kepadanya. Gunakanlah setahun menurut perancangannya ini sebaik-baiknya. Peluang sebegini tidak akan tiba lagi. Ada orang yang sepanjang hayatnya hidup dalam zone selesa sampai mati. Tapi zone selesa ini juag tdiak menjanjikan pengakhiran yang baik. Ada yang selesa menjadi Uztaz kononnya tapi maki hamun orang dan fitnah memfitnah.(kaunseling tiga pagi pun ada) Ada yang pakai serban - janggut 340 helai mewah kaya raya tapi hasilnya dari sumber haram. Ada yang kononnya ulama' tapi satu buku bermanafaat pun tak pernah keluarkan.

Jaga niat jaga akhlak jaga urusan keagamaan dan kemasyarakatan. Selamat maju jaya diharapkan bukunya nanti berlandasan nilai-nilai Islam bukannya nilai-nilai liberalisme atau humanisme - nilai sonsang dan semoga bukunya menjadi rujukan yang bermanafaat. Insyallah.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive