Ulama Pas Gesa Nik Aziz Letak Jawatn..!!!


Kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas perlu diganti segera bagi mengelakkan kekeliruan serta kenyataan bercanggah di kalangan pemimpin utama parti tersebut.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan dengan serius bagi memastikan tidak berlaku perpecahan yang lebih besar di kalangan ahli parti dan masyarakat Islam Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya, kedudukan Mursyidul Am Pas itu sebagai Menteri Besar Kelantan menyumbang kepada kekalutan parti kerana segala kenyataan pemimpin itu kini dilihat lebih kepada menjaga kepentingan politik berbanding lunas Islam seperti terkandung dalam al-Quran serta hadis.

Justeru katanya, jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas perlu diberi kepada individu yang tidak mempunyai kepentingan politik, tidak memegang jawatan dalam kepimpinan negeri dan mempunyai ilmu agama yang mantap.

"Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan menyokong usaha muzakarah di antara UMNO dengan Pas hanya kerana Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Majlis Syura Pas kini tiada lagi kredibiliti kerana diketuai oleh seorang Menteri Besar dan juga Mursyidul Am Pas yang jelas mendapatkan nasihat daripada golongan parasit dalam Pas yang semakin menghancurkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan Basri mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan percanggahan pendapat yang ketara di antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz dalam beberapa isu mengelirukan rakyat.

Sebagai contoh, Nik Abdul Aziz pernah mendakwa para pengundi Pas mendapat ganjaran syurga tetapi disanggah oleh Abdul Hadi baru-baru ini dan kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah pendapat dalam hal Perdana Menteri Melayu serta muzakarah Pas dengan UMNO.

Hasan Basri menambah, kenyataan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi kebelakangan ini jelas menampakkan parti itu cuba sedaya upaya menjaga hubungan dengan sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).:- Utusan

6 comments:

Anonymous said...

Aku dh muak dgn pas pis pus ni..ingat nak la juga berlindung di bawah payung atas nama islam...sbb kita ni ilmu agama tak tinggi mana dan naif, tapi rupanya mereka ni lg la naif dan dangkal...emmmm...apa nk jadi dgn bangsa melayu dan umat islam skrg ni...fikir balik, baik aku sokong dgn apa yg ada skrg ni, xla kecamuk psl urus tadbir agama..lagi ekenomi mantap...g jln la PR...

Anonymous said...

sy ada terbaca satu atikel br2 ni... dan artike itu cukup simple namun benar2 membuat sy sedar. Sedang kite sesama bangsa melayu dan agama islam saling salah menyalahi, bertengkar dan berpecah belah. Tp bangsa lain... seperti cina, india, bangla, nepal, dan indon sedang asik mengumpul duit dan dibw pulang ke tnh air masing2.. Jika perkara ini berlarutan bertahun2.. apa akan jd pd tanah melayu ini?.. nauzubillah.... betapa sy sgt syg dan cintakan Malaysia dan berdoa agar kite sesama umat islam dan bangsa Melayu bersatu... Amin ya rabbilalamin....

Anonymous said...

bagus la sekurang2nya ada kesedaran...dap n pkr ni hanya mempergunakan org melayu sj...sokong apa yg ada skrg...lepas tu perbaiki sikit2..jgn tukar semua. nanti hancur...

Norihan Nordin said...

Terbukti UMNO dah banyak berjasa dan bakti yang telah ditaburkan kepada kita bangsa MELAYU terutamanya. Pada parti-parti yang lain tu abuk pun tak der cakap tidak serupa BIKIN, merampas lagi HAK ORANG MELAYU yang terjadi di Pulau Pinang. Jangan dikejar tak dapat yang dikendung bertaburan!!
Saya sokong komen anonymous June 5: 2.06pm dan 5.41pm.

Anonymous said...

Kalau tak ada dua orang tok janggut ni amanlah negara kita dan orang Melayu tentu bersatu-padu dan tidak bermusuhan sehingga orang lain mula merampas hak Melayu satu persatu. Apa hebatnya dua orang tua ? Nak kata sebagai pemimpin yang berkarisma ,jauh sekali.Sumbangan kepada negara,agama dan bangsa langsung tak nampak.Jadi untuk apa mereka disokong?Cukuplah.Marilah kita balik kepada Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah dan bukan Islam yang dibawa oleh dua makluk ini.Mereka tidak pernah meminta maaf atas kesalahan yang mereka lakukan.

Anonymous said...

siapa2 pun boleh bawak cerita. janganlah terus percaya.. kan Allah dh berfirman, kalau ada yg fasik membawa khabar berita, maka selidikilah terkebih dahulu.. ni korg main percata je.. sumber dia halal ke haram ke kita x tau lg.. *analogi*

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive