Nik Aziz Perlu Di Siasat Oleh SPRM - Salahuddin Ayub


Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan semula dengan kontroversi skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion, PAS sebagai sekutu pakatan pembangkang menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang itu disiasat pihak berkuasa.

Pendirian berkenaan disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor BankNegara, Datuk Abdul Murad Khalid kira-kira 13 tahun lalu berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasaatan atas apa-apa tuduhan dan itu adalah pendirian PAS," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Malah Salahuddin turut mencabar SPRM agar menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.

Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BadanPencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Bukan itu sahaja, Abdul Murad juga baru-baru ini dilaporkan menyatakaan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar.

3 comments:

Anonymous said...

nnt kalu sangkut kata konspirasi umno...piirahhh.... munafik seme niii.....

Anonymous said...

Setuju saranan Tuan Hj Salahuddin Ayob agar kes Nik Aziz Dan menantunya disiasat semula..sebab siasatan dbawah pentadbiran Mantan Pengarah SPRM terdedah kepada arahan dan curang dalam siasatan awal .
Tuan Hj Salahuddin Ayob ..sebagai orang kuat PAS dan terlibat dalam beberapa taklimat dan bincangan parti..lebih bersebab apabila..menyuarakan agar siasatan semula diperlukan....SPRM perlu bertindak dalam masa yg sama pastikan tiada lagi penghianat dalam Agency.
(Saranan Tuan Hj Salahuddin ini mewakil pemimpin PAS yg dah lama meragui tindak tanduk Nik Aziz dan keluarga...

Hperancis

Anonymous said...

Jangan sampai Murad pun bersetongkol dengan Anwar. Kedua-dua aku harap jangan menipu SPRM. Si Anwar ini memang celakanya sentiasa mengupah dan mngrasuahkan orang lain untuk keselamatan peribadinya, seperti kes sodomy 1,2 dan banyak lagi kes yang dirasuahkan.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive