Rukun Islam Kelima Tidak Wajib, Pilihan Raya Wajib - Tuan Ibrahim Tuan Man


Beberapa tokoh agama di negeri ini turut mendesak Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan dalil al-Quran atau hadis yang menunjukkan bahawa kewajipan pilihan raya adalah sama dengan menunaikan haji.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu seolah-olah meletakkan kewajipan melaksanakan pilihan raya demi partinya lebih besar daripada Rukun Islam kelima itu.

"Kita minta dia semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setaraf dengan fardu haji?

"Rakyat juga ingin tahu apakah Tuan Ibrahim beranggapan PRU-13 sebagai kefarduan Allah yang mengatasi kefarduan menunaikan haji.

"Jika benar sebagaimana kenyataan dalam media itu, Tuan Ibrahim seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukan Islam kelima itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam portal pro pembangkang, http://www.selangorku.com/?p >9042 yang meminta ahli-ahli Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada PRU-13 dijangka antara September hingga Oktober.

Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah wajib bagi umat Islam menunaikan haji sekiranya telah cukup syarat dan sekiranya ia ditangguhkan, ini bermakna individu terbabit memperlekehkan hukum agama.

"Saya minta umat Islam tidak terkeliru dengan pandangan pemimpin Pas ini kerana mereka sudah songsang. Peluang mengerjakan haji sukar disebabkan kuota yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Ini sengaja mencuaikan kewajipan dan bukannya dalam keadaan darurat, Tuan Ibrahim telah memperlekehkan agama," katanya.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Pengasas Pondok Pulau Ular, Zainal Abidin Awang yang menyifatkan Tuan Ibrahim telah mempermainkan hukum Allah.

"Tidak boleh sama sekali umat Islam menangguhkan haji apabila cukup harta, sihat tubuh badan, ada kenderaan pergi balik dan dapat meninggalkan nafkah kepada isteri serta anak-anak.

"Dia (Tuan Ibrahim) main-mainkan soal haji, tambahan pula dalam keadaan untuk mendapatkan tempat menunaikan haji amat sukar, Pas telah mempergunakan Islam untuk mendapatkan undi," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

sejak bila pulak kalu dah cukup syarat leh main tangguh2??? hanya dek kerana undi. mmg dah dekat sangatlah kiamat gamak nyer.

Anonymous said...

Penganut agama PAS tak payah pergi haji - Tok Gundu dah jamin sorga.

Anonymous said...

Apasal plak nak tangguh gi aji tu..yang pegi aji tu semua org PAs jer ker..tak ada org UMNO atau BN yg gi aji sama...agak2 kalau dah tolak pergi tahun ni..tahun depan dpt ker lg peluang tu...dan buat nyer mati tak sempat pegi..kan ker rugi..(mungkin dah takdir Allah tak mao org2 PAS berkenaan dtg ke Tanah Suci..tu yg terkeluar fatwa dr pemimpin mereka tu..dan individu terbabit bodoh2 gi ikut)

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive