Tian Chua Mengaku Kes Scorpene Tidak Di Bicarakan...!!!!


KUALA LUMPUR, 11 Jun 2012 - Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata pihaknya akan membuat laporan polis mengenai dokumen rahsia membabitkan skandal penjualan rahsia negara pembelian kapal selam Scorpene, berada di tangan pihak luar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sidang media di Dewan Parlimen dan turut mengecam tidak ada mana-mana pihak dari kerajaan yang menjawab mengenai pendedahan dokumen rahsia ini.

"Dokumen ini telah jatuh ke tangan syarikat Terasasi Hongkong Limited dan pengarahnya Abdul Malim Baginda.

"Dokumen ini telah dijumpai oleh polis Perancis sewaktu menggeledah masuk sebuah syarikat Perancis yang pada ketika itu telah menjual dokumen tersebut dengan harga 36 juta Euro," kata Nurul Izzah.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tampil memberikan penjelasan mengenai skandal penjualan rahsia pertahanan negara.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak turut mendesak pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memulakan siasatan segera agar mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka keadilan.

“Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara merupakan satu krisis nasional yang perlu diambil tindakan segera.

“Skandal penjualan rahsia pertahanan negara (pembelian Scorpene) kini melangkaui persoalan rasuah penyelewangan dana rakyat malah ia menunjukkan bahawa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak teragak- agak untuk menggadaikan kemerdekaan dan keselamatan negera demi mengumpul kekayaan peribadi,” katanya.

Jelas Azmin, Najib perlu memberI penjelasan terhadap tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini kerana ia merupakan pengkhianatan tahap tertinggi dan berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan.

Sewaktu ditanya pemberita adakah kes ini telah dibawa masuk ke mahkamah Perancis untuk perbicaraan, ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menjawab bagi pihak Nurul Izzah "Belum, kes ini masih belum lagi dibicarakan di mahkamah di sana,".

Tian Chua turut memberitahu dokumen rahsia ini tidak boleh didedahkan kepada umum dan hanya SUARAM dibenarkan melihat dokumen tersebut. :- GWM dan KLPOS

3 comments:

Anonymous said...

Temberang lagi....... kalau berani bukti kan lah. Ni semua macam biasa lah. Cakap ada berkotak-kotak bukti. Akhirnya sampai sekarang satu kotak pun tak ada. Perrrgh..

Anonymous said...

itu standard diaorang .... yang nuar ada 3.0 bil tu nape tak nak disibukkan ? BISNESMAN ... BUKAN .., MEMANG ASAL ORANG LOADED... BUKAN.., AGAK NYA DUIT JATUH DARI LANGIT KUT.... ATAU DUIT SELONGKAR SETOR KUNYIT KUT.... KALAU NURRUL TU PERIUK , JANGAN SIBOK KATA BONTOT KUALI TU HITAM...CEK DULU BONTOT KENGKAWAN BAPAK KO ...AMACAM OK TAK ?

dad8home said...

Kes SCORPENE adalah ciptaan RPK dan TIANG lanchua dan mereka berdua mengaku tiada kes scorpene. Peguam di Perancis pun sahkan tiada kes. Nurul Izzah ni tak faham ke. Nurul izzah dan azmin dua dua LEMBU PKJR

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive