'Belum Masa Laksanakan Hudud' - Dr Dzulkefly


Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya.

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini. Sinar

3 comments:

Abdul Rahman said...

Bila masanya?

Tahun 1990 Gagasan Rakyat itu alasannya.Tahun 1999 Barisan Alternatif itu juga alasan nak tangguh hudud.

Nak tangguh atau nak ambil hati rakan bukan Islam?

Malang, berpuluh tahun tarbiah dan usrah ini hasilnya!

Semoga mereka ini bertaubat dan mendapat taufik dari Allah.

Anonymous said...

"berpuluh tahun tarbiah dan usrah ini hasilnya!"

Inilah hakikat usrah mereka, bukan kerana ALLAH


Anonymous said...

kamu akan mati ker kalau tak laksanakan hudud??
kamu akan masuk syurga ke kalau laksanakan hudud?

weii bersyurkur la sebab dinegara kita ni aman harmoni dgn pelbagai kaum sebab kaum bukan islam lain dapat terima negara kita dijadikan sebagai negara islam...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive