HARAKAH FITNAH UMNO...!!!!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lalu, adalah fitnah terhadap Umno.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bagaimanapun menolak tuntutan saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penyiaran artikel berkenaan berikutan Mohd Zin bukan seorang penjawat awam.

Selain Mustafa, tiga defendan dinamakan dalam saman yang difailkan pada 14 September tahun lalu, ialah pencetaknya Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, editor Harakah Ahmad Lutfi Othman dan pemberita Khairul Azlam Mohamad.
Dalam penghakimannya, Ahmad Zaki berkata defendan sebelum ini ada membangkitkan isu bahawa plaintif tiada keupayaan untuk membuat tuntutan ke atas mereka.

Beliau berkata memandangkan isu yang dibangkitkan itu bukan isu prosedur tetapi isu berkaitan undang-undang, maka mahkamah membenarkannya.

"Adalah jelas sesuatu pertubuhan boleh buat tuntutan atas nama penjawat awam yang dilantik tetapi plaintif bukan penjawat awam yang boleh buat tuntutan dan justeru mahkamah menolak tuntutan plaintif," katanya lapor Bernama.

Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.

Beliau berkata defendan tidak pernah menafikan perkara itu dan justeru mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap defendan.

"Pembelaan defendan adalah berdasarkan keisimewaan bersyarat bahawa Harakah hanya untuk ahli Pas, bagaimanapun defendan akui Harakah dijual di tempat awam dan boleh dibeli oleh bukan ahli.

"Tindakan defendan memanggil sidang akhbar yang turut dihadiri wartawan bukan Harakah ada maksud tersirat supaya kenyataan fitnah disiarkan kepada bukan ahli Pas dan justeru mahkamah menolak pembelaan defendan.

"Adalah malang bagi negara ini apabila fitnah dijadikan bahan politik. Oleh sebab mahkamah dah benarkan isu ketidakupayaan, jadi mahkamah tidak boleh arahkan defendan untuk bayar kos. Kalau isu ketidakupayaan tidak dibangkitkan plaintif mungkin berjaya dalam tuntutan," katanya yang turut memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Zin berkata Mustafa pada 15 Ogos 2011 ditemuramah oleh Khairul Azlam di mana Setiausaha Agung Pas itu didakwa memfitnah Umno berkaitan dengan wadah dan perjuangan politik mereka.

Menurut beliau, dalam edisi Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011, Mustafa telah menyebabkan atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan kata-kata fitnah itu dalam sebuah artikel di halaman kedua akhbar itu bertajuk "Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais".

Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel, faedah empat peratus setahun dan satu arahan injunksi untuk menghalang mereka daripada menerbitkan atau menyebabkan penerbitan kata-kata fitnah itu, baik secara lisan atau di media cetak dan Internet.

Beliau menuntut kesemua defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno Selangor memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan mempertimbang kemungkinan untuk memfailkan semula saman.

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive