Lagi Mau Tipu Rakyat - Ronnie Liu Kaut Hasil Rumah Urut Di Selangor..!!!!


SUARA Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim, anak beranak.

Mana tidaknya, dalam keluaran terbaru akhbar tersebut, Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ronnie Liu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan!!

Sebaliknya, kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.

Ramai di antara rakyat Selangor yang penulis temui ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru ini. Tanpa berkata sepatah, mereka membawa penulis ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong. Penulis berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat, malah banyak diantara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas.

Pada mulanya menggunakan jari, tapi bila jumlah rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong, penulis terpaksa menggunakan kalkulator pula. Di penghujung ‘tour’ itu, penulis mengira, ada lebih dari 50 buah pusat urut, refleksologi dan hiburan yang dijumpai. Itu di 2 kawasan sahaja, belum seluruh negeri Selangor lagi.

Persoalannya, siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini?

Takkan kerajaan BN kot, sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga? Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa.

Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik), kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini? Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga?

Itu yang berlesen, bagi yang tidak berlesen pula, masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Masih lagi nak menyalahkan BN?

Ronnie Liu lu usah temberang la lu cuba memperbodohkan rakyat ka??. Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar, malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Pendek kata, pusing macam mana pun, tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab.

3 comments:

Anonymous said...

Mmg sah penipu rakyat

Anonymous said...

orang Selangor kena KUNYIT...wakakaka

whiteorange said...

Aq setuju
kenyataan Ronnie Liu memang betul..
memang kerajaan PKR selangor x pernah keluarkan lesen..
Korang je x leh pikir yang tersirat..
Ronnie Liu kata dia tak pernah keluarkan Lesen
tapi dia x kata rumah urut haram x wujud..
Rugilah bagi lesen.. sebab nanti orang tahu berapa wang masuk kedalam akau MBPJ dll..
Kalau HARAM.. itu wang pun masuk pun secara HARAM ma..
boleh kowtim ma!!!!! baru lah Ronnie boleh buat untung ma..
tak la paham ka?
lagi ma .. itu PAT pun takla malah.. apa pasat lu olang mau malah..?
lu olang sapa? itu PAT ma.. manyak Islam punya olang ma..

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive