Nazri Aziz Tidak Paham Perangai DAP..??


Penubuhan Undang-Undang Lompat Parti dilihat bertentangan dengan prinsip kebebasan dan amalam demokrasi yang diamalkan di Negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap warganegara Malaysia berhak membuat sebarang pilihan untuk memilih mana-mana organisasi dalam manyahut seruan kebebasan berpesatuan yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.

"Jadi, selagi kita tidak membuat pindaan pada perlembagaan, saya tidak melihat apa-apa perkembangan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti. Perkara sama juga telah diputuskan sebelum ini di Sabah. Inilah apa yang saya tidak faham tentang DAP. Anda mempunyai ahli parlimen yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan.

"Pada masa yang sama, mereka mahu melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah dijamin.

"Tidak seperti mereka, BN bijak dan pintar. Kami tidak menerima mereka dalam parti kami (sepanjang tempoh ini). Jika anda adalah parti dengan prinsip, anda tidak akan mengambil pihak lain sebagai ahli. Anda perlu menghormati keputusan yang dibuat rakyat. Dalam kes kami, kami tidak mengambil mereka. Mereka boleh kekal bebas. Tetapi ahli politik dan ahli Parlimen di Pakatan Rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka adalah contoh yang tidak baik," katanya seperti dipetik sebagai berkata oleh akbar harian berbahasa Inggeris, New Strait Times hari ini.

DAP sebelum ini menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mencadangkan parlimen mengusulkan kelulusan dalam menubuhkan Akta Lompat Parti bagi memberi jaminan dan kawalan mana-mana Ahli Parlimen yang bertindak menukar platform parti politik.

KL POS

2 comments:

Anonymous said...

menteri yg jalan mcm ketam cuba nk menunjuk kehebatan...selama berkuasa di lupa melayu bila susah pun lupa melayu..cuma sekrg pandai cari melayu balik

Anonymous said...

Antara pemimpin UMNO yang aku ingin lihat dicampak kelongkang ..
Mulut pun mulut longkang..
Aku tak lupa bagaimana dia hina Tun M selepas apa yang Tun M bagi Kat dia..
Kalau aku pengundi dia confirm aku tak bagi..

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive