Guan Eng Akan Bubar DUN OKTOBER Ini...!!!!


Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

9. Pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

10. Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

“Tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…blog sentral

6 comments:

Anonymous said...

strategi dap utk menang besar gak nie...time org islam byk pg mekah tunai kn haji...lps tu bole claim ckp rakyat sokong kuat ngan pakatan...pandai2...

man said...

hahaha....
Sabah pun nak jahanam kata BN kuat lagi....
Tulislah apa yg ko suka asalkan ko bahagia.
yg tak tahu perkembangan politik percayalah tulisan BLOGGER ni.....
hahahahahahahaha..........

Anonymous said...

kalau dulu gerakan pegang..melayu dok macam tu dan kini dipegang oleh tokong...dok macam tu juga. apa kata kali ini melayu yang jadi khalifah di pulau mutiara? ada ball?

Anonymous said...

sayang seribu kali sayang apabila negeri yang majotiri penduduknya adalah golongan pribumi tetapi parti yang mewakili pribumi hanya layak untuk jadi pelengkap kepada kekuasaan ah bengok dan sepupu-sepapatnya.

Anonymous said...

kalau dun bubar pd oktober ni pas tak buat bantahan ke?DULU ADA CERITA BOLEH TANGGUHKAN HAJI KERANA ADA BERITA ANGIN PRU AKAN DIADAKAN PD MUSIM HAJI.

Anonymous said...

kalau undi melayu untuk melayu, sementara untuk Bak Kim Eng diverikan undi protes...konfom melayu dapat menerajui pulau pinang...ada sapa nak sokong?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive