Orang Melayu Perlu Menilai Layanan DAP....!!!!!


Orang Melayu di negeri ini perlu menilai kembali layanan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka sejak mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, ini kerana nasib mereka semakin terhimpit apabila dipinggirkan kerajaan negeri dalam pelbagai aspek.

"Kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib mereka dan agama Islam di negeri ini, malah, aktiviti perniagaan yang cuba diusahakan orang Melayu juga disekat.

"Lihat apa yang berlaku kepada peniaga kecil di Padang Kota, kontraktor bumiputera tidak diberi peluang untuk terus maju seperti kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat bergantung harap sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, kebimbangan yang disuarakan Najib itu telah berlaku di Pulau Pinang sejak kerajaan negeri bertukar tangan.

"DAP tidak peduli tentang nasib orang Melayu dan agama Islam di sini, malah, apabila tiga agensi kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Uda Holdings Berhad (UDA) dan JKP Sdn. Bhd. cuba membina projek perumahan untuk rakyat, pelbagai prosedur pula dikenakan iaitu seperti mahu menyekat projek-projek berkenaan.

"Jadikanlah apa yang berlaku selama empat tahun ini sebagai pengajaran. Kembalilah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti, agenda pembangunan yang dibawa selama ini adalah adil untuk semua," ujarnya. Utusan

1 comments:

Anonymous said...

melayu Pkr dgn melayu Pas di P.P buat apa..??

hanya ber takebeerr beramai2 dgn Dap je la...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive