Isu Selangor - Kerajaan Negeri Selangor Biarkan Rakyat Mati Kelaparan..!!!

alt

Selang seminggu selepas banjir kilat melanda di Klang, penduduk di kawasan Jalan Kebun dan Jalan Johan sekali lagi dilanda banjir kilat kira-kira jam 8.00 malam tadi, di sini.

Banjir kali ini enam jam tanpa henti telah mengakibatkan banyak harta benda musnah dan ramai di kalangan penduduk meninggalkan kediaman dengan sehelai sepinggang.

Lebih mengecewakan lagi, bantuan makanan dan tempat tinggal sementara tidak disediakan walaupun penduduk setempat telah meminta bantuan dari kerajaan negeri Selangor.

Penduduk merungut dan kecewa bantuan yang diminta seperti tidak dilayan oleh pihak kerajaan negeri malah dikalangan penduduk, ramai yang mengambil inisiatif mencari tempat tinggal sementara dan makanan.

Difahamkan, kalangan penduduk kecewa apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak turun meninjau keadaan mangsa banjir, seolah-olah kerajaan negeri lepas tangan dengan nasib penduduk setempat. KLPOS

2 comments:

Anonymous said...

apakah rakyat selangor tak merasa malu mendedahkan keburukan kerajaanya sendiri sedangkan itu lah kerajaan yg mereka pilih.kan yg terbaik selalu menjadi pilihan.

Anonymous said...

Pilih kerajaan yang menyediakan dan menjanjikan 1001 harapan kepada rakyat. Sokonglah mereka. Pada PRU 13 nanti jangan tukar kerajaan malah pilihlah kerajaan yang gagal menepati janji ini untuk terus memrintah agar rakyat bahagia dan sejahtera. Ini kali Lah...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive