Wan Azizah Tidak Adil Dalam Memimpin PKR...!!!



KEMELUT rasuah dan salah guna kuasa yang dikatakan berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah teraju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengundang perhatian banyak pihak yang mahu Menteri Besar itu membuat penjelasan kepada rakyat.

Berikut adalah kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mengenai perkara itu:

Selaku Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melantik Azmin Ali untuk menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar Selangor. Ini bagi membolehkan Azmin menasihati Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani semua kemelut rasuah dan salah guna kuasa dalam isu seperti Talam, air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pelacuran/rumah urut, pasir dan lain-lain.

Jika Wan Azizah boleh melantik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Penasihat PKR, sudah tentu Wan Azizah juga boleh melantik Azmin menjadi Penasihat Khas kepada Abdul Khalid.

Tindakan ini perlu diambil segera oleh Wan Azizah sebelum Abdul Khalid membawa beban dan malapetaka kepada kepentingan Melayu di Selangor. Perbuatan dan tindakan Abdul Khalid menunjukkan beliau sanggup menggadai hak Melayu untuk memuaskan nafsu takhta dan harta.

Saya juga ingin bertanya adakah jika Wan Azizah enggan ambil tindakan untuk menghalang perbuatan dan tindakan Abdul Khalid, Wan Azizah dan Anwar turut sama dalam kegiatan rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor?

Adakah Wan Azizah dan Anwar juga mendapat habuan atas keengganan menghentikan salah laku Abdul Khalid?

Wan Azizah perlu menjawab persoalan ini. Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive