"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).
Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.
Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.
Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.
"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya. sumber GR
1 comments:
Memang niat asal perhimpunan tersebut adalah hendak menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi. Pakatan pembangkang telah menyediakan Deepak untuk standby jika peserta mencapai 1 juta orang untuk membakar jiwa rakyat. Jika jumlah peserta himpunan tersebut mencapai sasaran 1 juta orang dan Anwar Ibrahim merasakan dirinya cukup kuat, Anwar akan meminta Deepak naik pentas untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan Anwar kemudiannya akan mengarahkan lautan 1 juta penyokongnya bergerak menawan Dataran Merdeka dan membuat kekacauan dengan untuk menjatuhkan kerajaan. Syukurlah disebabkan peserta himpunan tersebut lebih kurang 10% daripada sasaran, maka Anwar Ibrahim gagal untuk mencapai matlamatnya dan dia berpura-puranya bersikap 'gentleman' dengan tidak menimbulkan kekacauan.
Post a Comment