Belia Meberi Sokongan Proses Transformasi..

alt

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha kerajaan Barisan Nasional menguruskan proses transformasi dengan berkesan dan ikhlas mendapat sokongan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya pakatan pembangkang tidak sedar bahawa kerajaan BN telah melakukan transformasi kepada beberapa akta dan dasar yang akan mengubah sokongan rakyat terutama golongan muda kepada parti itu.

"Sebelum ini, orang muda tidak puas hati dengan banyak perkara seperti taraf kehidupan, peluang pekerjaan dan dasar lama termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Polis.

"Dia (pakatan pembangkang) rasakan itu akan terus kekal tidak menyokong kerajaan BN, tetapi mereka tidak sedar bahawa segalanya telah berubah," katanya kepada pemberita di sini hari ini,lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas sesi perjumpaan dan dialog bersama lebih 15 peniaga dan penjaja di sekitar Jelutong, Padang Kota, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang yang menghadapi masalah berniaga kerana gerai disita kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

Ahmad Shabery berkata dasar Kementerian Penerangan yang dahulu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Katanya rintihan peniaga dan penjaja termasuk golongan belia di Pulau Pinang semakin kedengaran kerana rezeki mereka disekat berikutan gerai disita kerajaan negeri tanpa sebarang alasan munasabah.

Ahmad Shabery berkata sentimen yang ditunjukkan secara emosi di peringkat akar umbi itu tidak disedari kerajaan negeri pimpinan DAP yang akan membuatkan orang muda kembali bersama BN.

Mengenai rintihan peniaga dan penjaja di Pulau Pinang, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga kerana dianiaya kerajaan negeri.

Beliau berkata banyak aduan diterima daripada peniaga dan penjaja termasuk golongan belia yang menghadapi masalah memulakan perniagaan di Pulau Pinang dan hampir setahun tidak berniaga kerana perniagaan disita kerajaan negeri.

"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.

Katanya peniaga yang memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan di tempat lain dan memerlukan tunjuk ajar serta nasihat, pegawai kementerian akan cuba mendapatkan maklumat dan merujuk masalah mereka kepada agensi yang berkenaan.

Mengenai tindakan kerajaan negeri yang menyita perniagaan seseorang tanpa notis, Ahmad Shabery berkata tindakan itu diibaratkan tidak berperikemanusiaan kerana menyekat peluang pekerjaan rakyat Pulau Pinang.

Katanya kerajaan negeri harus menjaga kebajikan rakyat dan seharusnya memberi peluang kepada masyarakat dan bukannya mematikan harapan dan peluang pekerjaan. KLPOS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive