PKNS Bukan Lagi Kepentingan Orang Melayu..!!!

alt

Projek ini Datum Jelatek diumumkan oleh Menteri Besar sendiri pada 9 Februari 2010 dan Azmin Ali pada ketika itu masih menyandang jawatan sebagai Pengerusi PKNS sehingga beliau meletakkan jawatannya pada 23 Jun 2010.

Tambah menyedihkan pembangunan dibawah seliaan PKNS itu bukannya untuk warga tempatan tetapi bagi rakyat asing yang jelas tidak dialu-alukan oleh penduduk setempat. Tambahan pula, Azmin juga merupakan Ahli Parlimen Gombak di mana lokasi Datum Jelatek terletak di DUN Ampang yang berada di bawah jajahannya.

PKNS dilihat sebagai ‘membunuh’ warga tempatan khususnya rakyat Selangor sendiri apabila dua dari empat blok (Tower A & C) telah dijual kepada syarikat Singapura melalui agen pemasaran Datum Jelatek, ERA International Real Estate ketika pameran projek tersebut di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sand, Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 yang turut dihadiri Pengurus Besar PKNS Othman Omar.

Kawasan Melayu Lembah Keramat yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana yang turut mendapat bantahan berikutan tapak Datum Jelatek telah dijanjikan untuk tujuan pembangunan projek rumah mampu milik tetapi berlaku sebaliknya.

Dalam pada itu, pemaju bersama projek Datum Jelatek, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd menyatakan Podium tapak perniagaan setinggi empat tingkat yang dikenali sebagai Datum Hall termasuk Pejabat Suite di khaskan bagi pelabur Singapura sahaja.

Hal ini jelas bertentangan dengan pelan asal projek tersebut dan menambahkan kemarahan penduduk setempat terutama dari kalangan penduduk Keramat sendiri ibarat Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.

Mengapa PKNS melantik konsultan dari Singapura, Surbana International (M) Sdn Bhd bagi sebuah projek perbadanan yang tujuan asalnya adalah membangunkan sosioekonomi rakyat Melayu Bumiputra Selangor.

Surbana International merupakan syarikat yang dilantik Kerajaan Pulau Pinang bagi mereka-bentuk pelan perumahan Bandar Cassia di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dikecam penduduk sepertimana yang berlaku di Keramat apabila lebih mengutamakan warga asing dari rakyat tempatan.

1 comments:

Anonymous said...

Betul...PKNS tak lagi jaga Melayu....sila pergi ke Kompleks PKNS, dah ada Old Town Kopitiam....semua orang tau, ini Kopitiam cina rasis...melayu telah tidak dibenarkan jadi ahli francais syarikat ini...camna lak dia boleh duduk kat Komplek PKNS - azalinya tempat Melayu....

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive