Anwar Ibrahim Hina Orang-Orang Tambun..


Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’? Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’. Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR. Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini. Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung. Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM. Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah. Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia. Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut. Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?

5 comments:

Anonymous said...

Didatangi lebai?..lebai gay aku cayer lerr...lebai datang kunuuuunnn...

Anonymous said...

Bapak Gay ni dah tenggelam punca. Banyak problem yg belum selesai dlm pembahagian kerusi antara puak2 Pakatan Haramnya. Ditambah dgn video sex gay yg akan didedahkan oleh Papagomo. Perbalahan dalaman parti PgayR. Tanda2 penolakan oleh rakyat Permatang Pauh dan khasnya rakyat di Pulau Pinang terhadap dirinya. Kes Lahad Datu dan banyak lagi masalah yg tak dapat ditanganinya dlm waktu yg singkat ini. Awas dia akan cari satu jalan lain bagi menutup permasalahannya waima dgn memperjudikan nasib rakyat sekalipun. Itulah AlJuburi yg dah kemaruk nak jadi PM!!

Anonymous said...

Anwar Jubori manusia paling laknat yg pernah lahir di bumi Malaysia yg permai ini....!! PRU13 inilah masa yg sesuai utk menghapuskan sialan ini!!

Anonymous said...

Just a simple question to PR : Siapa yang menaikkan kadar interest bank sehingga nak beli kereta kancil pun sampai interest 8.5% dan naikkkan interest kredit card sehingga 15% pada 1997?

Anonymous said...

"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive