Misteri 18 Helai Surat Kekecewaan Azizah Terhadap Anwar Kepada Tun Mahathir...!!!



Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Utusan

10 comments:

Anonymous said...

Salam...
Peribadi Tun amat kita sanjungi..
Inilah satu-satunya pemimpin kita yang sukar dicari ganti.

paridah said...

Demikian perubadi pemimpin Melayu n Islam sejati...

Anonymous said...

Saya makin respek tun....
X perlu pon dedah kn isi surat demi nk jaga air muka walaupon musuhnya sendiri.
Sedangkan musuhnya galak mencerca dia dan keturunannya.
X mcm parti cap isle yg galak menghina org.

Anonymous said...

Sedangkan liwat pun dia sanggup fitnah DSAI sampai meringkuk dalam penjara... apalah sangat nak mereka2kan cerita pasal surat ni...

Anonymous said...

anon 1.16 x baca penghakiman kes liwat tu...karpal pun cakap anwar buat suka sama suka..kes azizan tu pun hakim cakap ada kes tetapi lepas kerana masalah taknikal

Anonymous said...

Anon 1.16 hati dah hitam. X dapat terima kenyataan

Anonymous said...

Bawa mengucap anon 1.16, yang baik lagi bersuluh dinafikan, yg terang2 bernajis, diambil buat makan...

Statement terbaru Nik Aziz sendiri dah sangat meragukan tentang prinsip perjuangan Isle diorang, nikan pulak Ketua Pembelakang ni..

Nauzubillah....

Anonymous said...

Anon 1.16 ni mesti sokong memkhinzir buta ni....bukan fitnah la bang...cer cuba muhasabah sikit....

Anonymous said...

yang mula2 mendedahkan anwar peliwat adalah kawan2 anwar dalam PR jugak..name al-juburi sape yg bagi kalu x mat sabu..

nshinah said...

Begitu tinggi integriti Tun DR Mahathir Mohamed.
May Allah Bless him

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive