Berita Harian melaporkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.
“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.
Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.
Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.
Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.
Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah.-22/5/2013 – Agenda
6 comments:
TAMBAH MEROYAN LAH ANWAR BERAHIM...MAKIN MELALUT LER LALAKNYA KAT TEPI JALAN...MAKIN KUAT LER MERACAUNYE MENGHASUT RAKYAT...SEBAB DIDORONG OLEH KETAKUTAN MELAMPAU...ANDAINYA BUKTI2 YG DIKATAKAN OLEH PDRM/ATM ITU TEPAT MENJURUS KEPADANYA....PADAM MUKA..SAPA BUAT PEDAJAL...DAPAT LA DAJJAL NYER...
RAKYAT AKAN TAHU TAK LAMA LAGI SIAPA YG AKAN DI DAKWA DIMAHKAMAH KERANA BERSUBAHAT DENGAN PENGANAS SULU UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA INI SEBAB ITU ANUAR BUAT ROAD SHOW PERHIMPUNAN HARAM 505 UNTUK MENUTUP RAHSIA DAN MENGHASUT RAKYAT UNTUK GULINGKAN KERAJAAN SEDIA ADA SEBELUM PIHAK KDN DAN POLIS AMBIL TINDAKAN KEATAS NYA DAN DIDAKWA DIMAHKAMH TAPI SEMUA NYA AKAN BERAKHIR DENGAN IZIN ALLAH.INGAT 10 WIRA LAHAD DATU TERBUNUH WARIS WARIS PEWIRA LAHAD DATU LIHAT LAH SIAPA ORH NYA NANTI APABILA DIDAKWA DIMAHKAMAH NANTI.
Betoi ker tu...? Kalau betoi dah lama 3 ekor beruk tu kena tangkap.
HOW DOES WASHINGTON/NED/JEWS' HIDDEN HANDS STIR UP VIOLENCE without themselves being there?
READ HERE:
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/foreign-agencies-orchestrate-events.html
hukum gantung sampai mati beb.. elok la pengkhianat anugerah syaitan mati katak..
org yg bijak akn tau berfikir ....sape yg benar dan sape yg salah jgnlah kita lepaskan pengkhianat negara yg mgorbankan aggota2 pdrm kita !!!mugkin si aljuburi sibuk menutup keaiban dia ingt yg maha kuasa maha mengetahui ..!!!
Post a Comment