Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membuat keputusan itu dalam kamar semalam, memutuskan Anwar mempunyai hak untuk hadir sama pada sesi temu bual berkenaan selepas mendengar hujah dikemukakan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Karpal Singh mewakili Anwar.
Karpal ketika ditemui pemberita berkata, dengan keputusan itu semua saksi yang dikehendaki oleh pihak pembelaan untuk ditemu bual perlu hadir ke mahkamah.
Beliau berkata, anak guamnya akan hadir sama kerana beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual itu dan pegawai penyiasat kes akan membantu pihaknya mengendalikan prosiding berkenaan.
Katanya, saksi Dr Suresh Naidu, Nik Mahmood Nik Hassan, Datuk Nik Mohd Sidek Nik Abu Bakar, Raymond Yeoh Cheng Seong, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai, Prof Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Omar Malek Ali Marican yang perlu ditemu bual oleh pihaknya sudah berada di mahkamah semalam.
Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.
Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.
Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.
Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintahkan membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mahkamah memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu kes adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Anwar dijadualkan membela diri pada Isnin depan. DARI KL BOYZ CHANNEL
1 comments:
aduh..cpt2 la kes ni slesai..xsbar nk dgr kterangan anwar yg telah di'plan'..hrp2 pecahla tmbelang ...kpd karpal singh..dis is d right time to 'kill' anwar..he is a liability to u..trust me..i think u noe better..haha..
Post a Comment