Disebabkan 200 Ribu Lim Guan Eng Di Saman Oleh Umno Pulau Pinang!!!!



UMNO negeri hari ini menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dan di atas Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Tindakan undang-undang juga dibuat berikutan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu bahawa UMNO terlibat dalam kejadian cuba membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon di sini pada 17 Ogos lalu.

Peguam Abdul Rauf Abdul Samad dari firma guaman, Tetuan Jahaberdeen & Co berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu diserahkannya kepada seorang kakitangan Ketua Menteri itu kira-kira pukul 2.45 petang ini di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar.

''Kami pada mulanya memohon untuk berjumpa dan menyerahkan writ saman ini terus kepada beliau (Guan Eng) sendiri tetapi Guan Eng enggan dan sebaliknya hanya menghantar wakilnya sahaja,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan writ saman dan notis tuntutan itu.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.

Writ saman difailkan oleh Datuk Zainal Abidin Osman menerusi firma guaman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR dan syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd. dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Menurut Abdul Rauf, mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes tersebut. UM

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive