Nizar Jamluddin Punca Segala-Galanya DAP Terlepas Perak.!!!!



Telatah terbaru DAP di Perak menyamai peribahasa Melayu lama ‘kalau tidak ada-ada, masakan tidak tempua bersarang rendah’. Ada apa-apa ke DAP atau apa ada pada DAP? Ibarat burung, dari sebuah parti pembangkang kecil bermula 1969, DAP kini membina sarang di setiap ceruk rantau, termasuk kawasan perumahan. Bagaimanapun, lebih dari seekor burung yang biasanya terbang tanpa arah dan tujuan, DAP ialah parti politik dengan agenda dan perjuangannya tersendiri – walaupun, termasuk masyarakat Cina sendiri, adalah sukar untuk membaca, menterjemah dan memahami apakah visi, misi dan aktiviti DAP sebenarnya.

Dulu DAP tidak memerlukan undi Melayu kerana ia hanya mahu menjadi wira masyarakat Cina. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan ketika itu DAP hanya boleh diterima penyokong tidak berjiwa Malaysia dan dengan kecinaan yang cukup totok.

Suatu yang tidak dapat dinafikan ialah DAP sukar diterima orang-orang Melayu kerana slogan Malaysia Malaysia yang konon dipusakai dari PAP Singapura. Konsepnya mudah bahawa DAP memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kini DAP sudah sedar hakikat, untuk berkuasa ia terpaksa mencari regu dan dalam hal ini ia terpaksa mencari parti bertunjangkan orang Melayu.

Dalam pilihan raya umum lalu DAP bekerjasama dengan Pas sehingga membolehkan mereka menguasai Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di Perak DAP memenangi 18 kerusi Dun dan merupakan salah satu parti dalam komponen pembangkang memperoleh kerusi majoriti. Namun kerana ia tidak ada calon Melayu ketika itu, maka terpaksalah akur kepada Perlembagaan Perak yang memperuntukkan Adun Melayu sebagai Menteri Besar.

Di sinilah munculnya DS Nizar Jamaluddin, lulusan UK dalam bidang kejuruteraan yang kebetulan bertanding atas tiket Pas di Pasir Panjang.

Seperti dalam filem klasik Melayu, DAP jatuh cinta pandang pertama selama 11 bulan bersama-sama Nizar. Selepas kerajaan PR jatuh tersungkur, Nizar masih mengikuti program bersama-sama DAP sehingga ada yang secara sinis melihat Nizar lebih dekat dengan DAP dari Pas.

Keserasian Nizar dan DAP bukan berakhir dengan kejatuhan kerajaan PR, malah baru-baru ini Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng mengumumkan secara rasmi, partinya menyokong Nizar sebagai bakal MB Perak jika pembangkang menang. Dengan kata-kata lain, Nizar dilihat macam de facto MB Perak.

Justeru macam burung tempua, hakikatnya DAP tentu ada sebab untuk membuat endorsement lebih awal dari biasa. DAP bukanlah ketua dalam PR Perak, malah selama ini parti itu sekadar dilihat sebagai sebuah dari gerabak. Drebar kepala gerabak tentulah tidak lain dan tidak bukan dari de facto PM, YB Mr Anwar Ibrahim (seperti yang kerap disebut oleh media luar).

Selaku ketua, Anwar dilihat mengutamakan PKR dari DAP. Sebagai contoh bila Nik Aziz membangkitkan isu hudud sekali lagi, Anwar juga ikut menyokong berbanding dengan sikap DAP. Boleh dikatakan dalam hampir banyak keputusan rasmi mengenai PR dan dasar-dasarnya, Anwarlah juruteranya. Anwar juga instrumental dalam pelantikan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sebaik PR menang di negeri itu.

DAP sendiri nampak laluannya di Perak sukar melainkan parti itu menyokong calon MB dari Pas ataupun PKR. Walau dilihat dalam apa aspek sekalipun, DAP menyedari Nizar adalah pilihan terbaik.

Andai kata PKR ada calon lebih berkualiti, impian calon Pas nak jadi MB sepertilah tempua merindui sang rambulan (yang mana lebih teruk dari sekadar pungguk merindukan bulan). Tapi DAP amat senang dengan Nizar. Mantan MB itu ibarat Kuda Trojan dalam Pas. DAP tidak melihat Nizar macam Datuk Hassan Ali yang selicin belut serta sekeras DS Azizan Abdul Razak, MB Kedah dalam hal-hal berkaitan Islam.

Ironinya walaupun isu hudud memisahkan Pas dengan DAP, namun di Perak, Nizar berjaya ‘mengneutralizekan’ isu ini. Semasa menjadi MB, DAP telah menguji keberanian Nizar (tentu sekali setelah disokong Exco DAP) meluluskan kepada 11 penduduk Kampung Baru (Cina) di Kuala Rui, Gerik geran hak milik 999 meskipun tindakan itu dibantah. Oleh itu DAP awal-awal lagi melihat Nizar mirip DAP dari Pas dan tanpa DAP berkuasa pun, dasar DAP boleh diteruskan oleh pemimpin seperti Nizar.

Menjelang PRU13, DAP terpaksa memastikan Nizar tidak diketepikan Pas dari senarai calon MB. Sebesar mana serban pun, malah fikiran hampir nyanyuk dan tubuh dibalut penyakit tidak menghalang mereka menjadi MB. Mabuk kuasa tidak sama macam mabuk alkohol kerana mabuk kuasa membuatkan penyandangnya sanggup gadai negeri. Maka kerana faktor inilah rebutan untuk jawatan MB di Perak semakin dirasai di kalangan parti-parti pembangkang.

DAP sebenarnya takut Pas calonkan seorang lagi ulamak lebih sealiran dengan Nik Aziz atau macam Hassan Ali. Sebab itu dalam keghairahan ini, DAP telahpun membayangkan akan meletakkan calon Melayu bertanding, sebagai persiapan jika Nizar tertolak. Andai kata ini berlaku, maka calon DAP lah yang akan menerajui Perak selepas PRU ke-13 kelak. Dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘ada-ada’. SH

1 comments:

Anonymous said...

Mat Nizar Lilin dah di beri peluang oleh Melayu Perak...tapi Perangai Gelojoh ikut perangai Cina..besor kepala..berlagak.. menunjuk2..bongkak..buat org perak semakin meluat..!!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive