Dr Mahathir menyifatkan langkah kerajaan itu umpama "membunuh dua ekor burung dengan satu batu".
"Pilihan raya ambil kira, juga tingkatkan kualiti hidup," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan persidangan
Persekutuan Pengilang Malaysia mengenai inovasi, beliau berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah satu perkara yang baik.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan masih perlu melihat melalui pelaksanaan bonus tersebut.
Ditanya mengapa beliau mengambil sikap berbeza terhadap bajet Pakatan Rakyat yang turut menawarkan bonus yang sama, Dr Mahathir menganggapnya sebagai 'kosong'.
"Sudah tentu apabila anda tidak mempunyai kuasa untuk membelanjakan wang, anda tahulah bagaimana hendak membelanjakan wang orang lain.
"Tunggu sehingga mereka menjadi kerajaan, maka mereka akan tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan wang dan bagaimana bijak atau bodohnya mereka membelanjakan wang itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment