Tun Mahathir Setuju Dengan Nik Aziz...!!!



Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir, dipetik Bernama Online.

6 comments:

Anonymous said...

Orang Islam mencuri hak orang bukan islam. Orang islam kena potong tangan. Kalau orang bukan islam mencuri hak orang islam, di masukkan dlm jel saja. bila dah bebas mereka curi pulak. Kalau orang islam nak curi keli kedua dah tak boleh sebab tangan orang islam dah kena potong. macam mana... Orang bukan islam boleh bebas mencuri lah. lepas keluar dari penjara. Boleh curi pulak. Betoi dak Tun M....??

chemie said...

betui betui betui, gua setuju bro

gyp sahid said...

"0lang melayu manyak berkata2,
Olang cina ckp x pandai,
Olang melayu manyak keleter,
Olang Cina manyak kedai!!"

Moral critenya~
Olang melayu tanggung utang,
olang cina manyak harter..:)

jd olang melayu(islam) jangan menculi okay....

Anonymous said...

Al quran di turunkan untuk semua manusia.bukan untok orang islam saja. ini bermakna hukum hudud adalah untuk semua manusia.kenapa pula hukum hudud dikatakan untuk orang islam saja. pelek tapi benar. ini lah terjemahan ulamak politik pas.jangan mainkan Al Quran untuk kepentingan diri. laksanakan hudud segera. aku sokong. jangan laksanakan hukum hudud di mulut saja.

Anonymous said...

laksnakan hudud secara berperingkat..belajar dengan nanggroe aceh. di Aceh Rakyat yang mahu hudud..bukannya orang politik yang mempergunakan hudud...maka hudud senang je diterima. kat kelate cakap je lebih..buatnya tidak...najib pun satu...berilah sokongan kepada PAS untuk laksanakan hudud...terlepas la tanggungjawab najib...biar PAS yang tanggung...Semoga kita semua bersatu....

Anonymous said...

Sesiapa pun kalau nak cakap bab hudud berhati-hati jangan terlanggar akidah! bahaya! takut makan diri sendiri dan bala bencana menimpa umat dan negara Malaysia. Sebelum bercakap! tolong rujuk kepada ulama yang benar-benar ulama! jangan rujuk kepada ulama periok nasi buruk akibatnya.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive