Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”
Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.
“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.
Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”
“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.
8 comments:
Anak cucu Pak Ya Kapak dari Pendang, mintak kalau boleh jangan adakan Pilihanraya terus lah. kita kekal dengan kadaan mcm sekarang, lagi baik. Kami harab kita kekal BN memerintah sampai bila bila. Lagi pun kita tak rasa mcm mana parti lain memerintah lagi, Kalau nak diharabkan PAS. memeng tk boleh diharab. Tak boleh pecaya langsung.
Tun Det tuju pada siapa agaknya:Sebenarnya yang berjuang jaga kepentingan perut ini adalah puak diatas itulah.Lihat lah sendiri bagaimana gaya hidup pemimpin UMNO.Bini pemimpin umno bergaya macam mana.Sebab itu rakyat hari ini mulai bosan dengan demokrasi.Yang kaya bertambah kaya.Yang miskin tahu sendiri sahajalah.Mana ada pembesar yang hidup sederhana macam rakyat biasa.Tun Det kena sedarkan semua lapisan .Jangan asyik bersyarah pada orang bawah sahaja,Bukan orang bawah yang merosakkan UMNO.Orang atas yang merosakkan UMNo itu sendiri.
Bukankah keptutusan PRU12 menjadi satu "wake up call" kepada UMNO?? Mungkin belum sedar lagi..... sebab itulah kena tegur dengan Tun M. Masih ada masa lagi.....tolong kekalkan UMNO sebagai parti dibarisan depan dalam pemerintahan negara tercinta, MALAYSIA, negeri TANAH MELAYU.
memang betoi. Orang atas lah yang merosakkan UMNO. Bg orang bawah menyokong UMNO bermati matian. Di kampong kampong pulak yang pegang jawatan JKK lah yang kenyang setiap kali dapat peruntukkan. Kalau dapat jalan mini tar pun rumah JKK yang elok. kami rakyat biasa masih macam dulu jugak. Kalau dikampong JKK yang kenyang. Kalau di Bahagian plak. Ketua Bahagian yang kenyang. Kami ahli biasa masih ditakok lama. Kepada TUN Mahadir tlg lah paham kata kata dari anak cucu Pak Ya Kapak ini.++
pemimpin BNlah yg merosakkan parti, agama dan bangsa selama ini.jgn dok tuju kpd rakyat shj, paling utama peminpin2 tu. kasi hantamlah sama depa Tun Det oiiii
Lama dah puak Ketua Bahagian dan JKK dok makan atas angin. Tak amanah. Tak jujur. Kalau dapat duit peruntukkan untuk memajukan kampong. Pengerusi JKK lah yang dapat lebih. kami yang susah pum masih lagi mcm dulu. Mintak bantuan rumah PPRT pun susah. Mintak bantuan JKM pun susan dapat. Tapi kami tetap setia dengan UMNO walau pun hidup kami susah. Kami berjuang untuk kesenangan anak cucu kami di masa akan datang. Biar lah anak cucu kita hidup sabagai mana kita kecapi hari ini. Semua anak cucu Pak Ya Kapak tetap sokong UMNO 100 %
Sebelum nak hadapi PRU-13 risik dan tilik lah bakal calun BN disetiap negeri. jangan jadi macam yang sudah sudah. Pandai bercakap tapi tak pandai nk buat kerja. Lepas pilihanraya sunyi sepi. muka calun pun tk manpak. Sebelum nk mengundi bukan main baik. dalam telaga buruk pun sanggup masuk. Lepas mengundi,,, Hilang entah kemana..... betoi kata Tun Mahader. Melayu mudah lupa.
betul semua
Post a Comment