Zahid Hamidi Gesa Rakyat Kelantan Menolak Kepinpinan PAS!!!!!!

Zah

Rakyat Kelantan diseru supaya menghukum dan menolak kerajaan negeri pimpinan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana gagal menyediakan air bersih secara meluas kepada penguna sungguhpun telah menguasai negeri itu selama lebih 20 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah kekurangan air bersih di negeri tersebut perlu dijadikan penanda aras utama mengenai keupayaan kerajaan Pas yang memerintah Kelantan kini.

"Hadis ada menyebut bahawa akal yang sihat terletak pada badan yang sihat dan badan yang sihat terletak pada apa yang dinikmati oleh badan, termasuklah air sebagai salah satu bahan utama pemakanan kita.

"Oleh sebab itu, tolaklah makanan yang tidak elok dengan cara menolak orang (kerajaan) yang tidak dapat memberi makanan yang tidak elok (kepada kita)," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sejak Ahad lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan Pas dan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Dalam laporan-laporan berkenaan, pelbagai penemuan diperoleh menerusi ujian klinikal serta tinjauan orang ramai antaranya mengenai ancaman leptospirosis serta lebihan kandungan logam dalam air seperti arsenik, plumbum, mangan dan besi.

Siri akhir laporan khas akhbar ini hari ini pula menyiarkan mengenai masalah kerosakan gigi yang mengancam 95 peratus kanak-kanak Kelantan akibat kekurangan fluorida apabila hanya lima daripada 29 loji rawatan air di negeri itu mempunyai sistem pemfluoridaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid mencabar kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengotakan kata untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan atau lebih sesuai selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Katanya, pilihan raya negeri yang berasingan daripada PRU memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kembali menguasai Selangor apabila segala tumpuan dapat diberikan kepada kempen pilihan raya negeri itu nanti.

"Saya tidak fikir mereka (PKR dan pembangkang) akan menang kerana sebahagian besar manifesto yang mereka janjikan pada 2008 tidak dapat dipenuhi dan tentu sekali rakyat tidak boleh dibutakan dengan janji-janji berbentuk retorik.

"Saya minta Tan Sri Abdul Khalid (Menteri Besar Selangor) buat berasingan kerana saya kenal beliau sejak 1977 sewaktu kami bersama-sama di Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Beliau cukup baik sebagai tokoh korporat tetapi belum tentu baik sebagai tokoh politik," tegasnya. Utusan..

4 comments:

Anonymous said...

aq duk klate..buleh eh bekalan air bersih...mu bukan orang kelantan x tahu

kak rosmah ku sayang said...

hahaha....ada lg dok meroyan nak tawan Kelantan...yg dok pegang pun belum tentu lg.....kadang2 tgk juak UMNO ni berangan syok gak....hahahahhaha

Anonymous said...

pd pndngn ak, selagi tok guru nik aziz ade BN xleh dpt lg tawan kelantan.tp tnggu la, once tok guru xde BN pasti akn menawan kelantan.buat mse ni adalah lebih baek skiranya BN menumpukan utk menawan negeri2 lain dlu yg pasti peluang mng lbih bsar.huhuhu...*lgpown kelantan xde pe pown.upsss...

Anonymous said...

Tuan Guru dah perintah Kelantan dah 20 tahun! saya agak mungkin dia tak akan turun sampai keakhir hayat dia! maka meranalah rakyatnya mendapat peminpin yang bagitu rupa. Maka berterusanlah penghijrahan rakyat Kelantan kemerata-rata negeri diseluruh Malaysia.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive