Ustaz Azizan Beri Kontrak Kepada UMNO????



ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. Mstar Online

2 comments:

Anonymous said...

Lebih 30 thn pengalaman menguruskan kerja2 yg melibatkan kontrak kerajaan samada melalui pemberian terus, kerja undi, sebutharga dan tender di negeri yg dikuasai oleh BN. PESURUHJAYA PAS NEGERI yg dpt kontrak tu pun tak pernah dipersoalkan oleh pihak BN. Kenapa pulak bila PAS yg memerintah, org UMNO tak boleh diberikan projek?????????.

hangkedee said...

PAS parti pelingkop negara,yang hairan bin pelik
mereka Baiah sanggup talak tiga,Perjanjian syaitan.Hampas betul.Apa apa pun Umno itu MELAYU.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive