DAP TOLAK BERSIH 3.0 PADA SAAT AKHIR.....!!!!!


Disaat akhir perhimpunan Bersih 3.0 nak bermula DAP telah membuat kenyatan melelui naib pengengurusi nya yang tidak berseuu Bersih 3.0 diadakan.

Baca Kenyataan Dibawah:-

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini. .

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya. - MK.

2 comments:

Anonymous said...

Ini semua topeng belaka... memang dah lumrah alam, bila dah rasa tersepit mulalah tunjuk simpati dan belas kasihan. semua orang tahu mereka ini sedang menggunakan teknik halus yg boleh mengaburi mata orang yg tidur.
mereka ini sebenarnya tulang belakang Bershit 3.0. usah terpedaya.mereka hanya nak undi. lepas dapat mereka akan hentam tak kira tempat pulak.

Anonymous said...

RAKYAT TOLAK BERSIH 3.0
1. Peniaga Cina KL tolak BERSIH
http://www.youtube.com/watch?v=Q9BQHrlDxYk&feature=share
2. Pakcik Peniaga anti BERSIH
http://www.youtube.com/watch?v=-ns60F3BXaU&feature=endscreen
3. Pandangan kawan Ambiga
http://www.youtube.com/watch?v=3ncuB7q8NmY&feature=share
4. Pemandu Teksi Marah
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=eAhRBTRrd88
5. APA KATA MAKCIK JUAL AIR TEPI SOGO
http://www.facebook.com/photo.php?v=237887872984799
6. Ilmuwan Islam bantah Bersih 3.0
http://www.youtube.com/watch?v=-k0aDtuE0uU&feature=share
7. Pemandu teksi mahu Himpunan BERSIH 3.0 dibatalkan
http://www.youtube.com/watch?v=ELRReAX57JI&feature=share
8. Peniaga pertama complex Piss Up
http://www.youtube.com/watch?v=H23LJFz8lwI&feature=relmfu
9. Peniaga jalan TAR BISING Bersih Kacau
http://www.youtube.com/watch?v=2oYa-Qsoi2Q&feature=relmfu
10. ABANG MARHAEN MERAJUK\
http://www.youtube.com/watch?v=gtt9m7iRrJQ&feature=relmfu
11. Abang Alam Flora Marah puak2 Ambiga

http://www.youtube.com/watch?v=L06PhHHGP9E&feature=relmfu
12. Makcik Jual Tudung
http://www.youtube.com/watch?v=Z-J4RLAJP84&feature=relmfu
13. Bantahan bersih 3.0 oleh Persatuan peniaga kecil melayu wp
http://www.youtube.com/watch?v=ZQ8jrJGPZKE
14. Bantahan Pekida terhadap Bersih 3.0
http://www.youtube.com/watch?v=FaJ6e7EbRyo&feature=relmfu

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive