Mat Sabu Hilah Setelah Rempuh Pagar Polis...


“Adakah kemungkinan rekod dunia terbaharu akan tercipta dalam Bersih 3.0 ? Mungkinkah ada peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang akan mati lebih dari dua kali lantaran memecah rekod yang dicipta dalam Bersih 2.0 sebelum ini.
Adakah polis akan buat aksi transformer bila Land Rover polis bertukar menjadi kereta Waja yang didakwa langgar Timbalan Presiden PAS  Mohamad Sabu aka Mat Sabu .

Agendadaily sekadar meminjam coretan dari blog Kickdefella bertarikh 27 April – Dua hari sebelum Bersih 3.0 merusuh di sekitar Dataran Merdeka, petang Sabtu.

Ianya sekadar mahu mengimbas kembali cerita Mat Sabu yang dakwa dirempuh kenderaan polis dan terpaksa menerima rawatan ketika Bersih 2.0 tahun lalu.

Mat Sabu bernasib baik pada kali ini kerana beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun polis dituduh bertindak kasar dan ganas bagi menyuraikan peserta Bersih.

Namun, mungkin mata Mat Sabu terkena juga gas pemedih mata menyebabkan pandangannya berpinar atau kabur sehingga dapat melihat individu memotong dawai penghalang yang direntang polis di laluan masuk ke Dataran Merdeka.

Sekurang-kurangnya empat laluan disekat polis dengan kawat berduri iaitu dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka, dari arah Masjid Negara serta Leboh Pasar Besar berdepan pejabat Majlis Peguam.

Tidak pastilah di mana Mat Sabu berada dan melihat individu yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional memotong kawat berduri  di sekeliling Dataran Merdeka.

 "Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur Ahad.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Jika ingin tahu, peserta demo Bersih 3.0 yang merempuh masuk adalah mereka yang berhimpun dari Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.

Malah Mat Sabu tidak kelihatan di lokasi tersebut sebelum dan selepas peserta Bersih merempuh sekatan polis tersebut.

Sebelum itu, tidak kelihatan sesiapa yang memotong kawat besi yang direntang pihak berkuasa sebalik perserta Bersih dan Unit Amal PAS di barisan paling depan bertindak memijak kawat tersebut, merosakkannya dengan kon penghadang serta meletakkan banner di atas kawat itu sebelum memijaknya.

Dengan cara itulah mereka dapat merempuh masuk dan cuba berlari ke Dataran Merdeka tetapi berjaya dihalang polis yang melepaskan gas pemedih mata serta water canon.

Bagaimanapun, lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net melaporkan seolah-olah apa yang dikatakan Mat Sabu dalam sidang media itu benar belaka sama sepeti laporan semalam apabila menemubual seorang peserta yang mendakwa jadi saksi melihat kereta peronda polis yang merempuh pokok di depan Sogo.

Dilaporkan kononnya peserta Bersih 3.0 menterbalikkan kereta pronda itu untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperosok di bawah kenderaan itu selepas dilanggar.

Namun, tidak dinyatakan sama ada betul atau tidak ada wanita di bawah kenderaan tersebut.

Jika ada dan masih hidup, tentu bertuah wanita tersebut apatah lagi jika tidak mengalami kecederaan.

Itulah kisah Mat Sabu dan media milik pembangkang ‘spin’ insiden Bersih 3.0.

Harap-harap Mat Sabu tidak meracau kerana terhidu asap gas pemedih mata. :- Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive