Selepas Bawani, Wawa Pula Ditabalkan "Hero" Baru..!!!

alt

Pakatan Rakyat (PR) tampak nampak semakin hari semakin terdesak (desperado) didalam tindak tanduk yang dilakukan. Kenyataan media dan gambaran yang cuba dipaparkan seolah-olah menunjukkan rakyat semakin bersedia dan bertekad untuk menggantikan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Namun, jika diteliti secara halus semakin jelas berlaku pertentangan (contradict) diantara kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh PR pada waktu ini.

Apa yang jelas adalah kelaziman PR untuk mencari suatu watak baru atau "hero" untuk ditampilkan menjelang pilihanraya umum ini. Apakah "hero-hero" lama dan mereka yang lazim menjadi santapan media sudah semakin hilang tarikan dan kredibiliti?

Sesuatu yang mampu menarik perhatian umum melalui kenyataan yang berbau anti-kerajaan dan mampu mempopularkan PR, pasti akan diheret untuk dijadikan watak utama didalam babak-babak lakonan wayang kulit pembangkang.

Suatu waktu dahulu, pesalah jenayah seperti Kugan menjadi watak utama PR untuk menghentam kerajaan. Pesalah yang tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam masyarakat mampu dinobatkan sebagai "hero" disebabkan tindakan pihak berkuasa.

Rakyat kemudian disogokkan dengan kisah kematian saksi kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah DAP. Mendiang Teoh Beng Hock yang memilih untuk terjun dari bangunan SPRM daripada membuka pekong DAP telah di anugerah kan sebagai mayat paling berharga oleh PR.

Walaupun ianya bukan salah kerajaan secara terus, namun kesilapan teknikal anggota SPRM ini pantas diambil kesempatan paling maksimum untuk dikaitkan dengan Barisan Nasional. Dalam ertikata singkat, mayat dan jenazah lebih dipercayai dari pemimpin PR yang masih hidup, begitulah jika dilihat secara kasarnya.

Tidak ada sesiapa pun mengenali siapa Bawani dan Sharifah ini sebelum ini. Namun kesempatan dan bijaknya jentera media PR yang begitu licik memainkan non-issue menjadi isu utama, secara pantas kedua-dua nama ini menjadi popular melibatkan isu remeh-temeh sebuah forum di Universiti Utara Malaysia (UUM).

PR sememangnya bijak cuba memaparkan dan menunjukkan Bawani hanyalah seorang pelajar biasa yang didakwa kononnya dianiayai dalam suatu forum. Namun hakikatnya pelajar ini adalah seorang anarki aktivis Parti Sosialis yang cukup aktif.

Dengan mengetahui perangai dan peel para bloggers pro UMNO yang sentiasa peka kepada sesuatu isu, maka berduyun-duyunlah para blogger ini memberikan respon kepada non-issue ini sehingga menjadi suatu isu yang cukup hangat.

Namun apa yang cukup pelik adalah watak Sharifah ini diangkat seolah-olah mewakili BN sehingga media alternatif mengambarkan rakaman video pertikaman lidah diantara kedua-dua individu ini sebagai BN menentang PR.

Sebenarnya umpan PR telah mengena dan dibaham oleh para bloggers pro UMNO tanpa memikirkan ianya adalah non-issue yang telah diperbesar-besarkan. PR lebih senang melayani karenah para blogger pro UMNO dalam isu remeh-temeh ini.

Isu remeh-temeh ini hanyalah sebagai mengalih perhatian (diversion) pada saat dan ketika waktu mereka semakin tercungap-cungap memikirkan jalan keluar bagi menjawab isu penyelewengan pengiraan undi CEC parti DAP, kes penjualan tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP, isu melibatkan Anwar dan Shamsidar, isu amanat Presiden PAS dan isu Kalimah Allah.

Kesemua isu di atas telah ditutup secara sementara oleh PR dengan hanya melambakkan non-issue seperti pertikaman lidah diantara Bawani dan Sharifah, yang hanya seorang moderator dan bukannya ahli politik. Inilah kehebatan mengalih perhatian (diversion) media-media pro pembangkang untuk keluar dari jalan buntu.

Kini watak "hero" baru sedang digarap untuk episod seterusnya oleh PR. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar ditatang bagai minyak yang penuh ini menghadapi beberapa tuduhan pecah amanah ekoran dari dua laporan Polis yang dilakukan oleh majikannnya, Bank Islam. Sudah tentu sekali Azrul atau nama manjanya "Wawa" oleh PR akan menjadi “hero” yang ketandusan isu dan nama baik didalam kepimpinannya.

Gambaran yang bakal dimainkan adalah Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam ini dianiayai dan dizalimi hanya kerana mengeluarkan pendapat yang tidak menyebelahi kerajaan dan BN.

Sudah tentu gambaran yang dimainkan PR adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan dan kepentingan yang mengeluarkan pendapat peribadi mengenai politik yang condong kepada pembangkang telah cuba ditekan dan dizalimi.

Namun hakikatnya "Wawa" ini digantung kerja kerana dikaitkan dengan hal-hal melibatkan unsur jenayah seperti sabotaj dan pecah amanah kepada Bank Islam. Siasatan awal dalaman bani ini juga mendapati beliau memiliki dokumen milik bank yang luar dari skop dan bidang kerjanya untuk diberikan kepada pihak ketiga.

Laporan awal juga mendapati beliau berurusan dengan pemimpin PR seperti Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli dalam skala yang cukup kerap. Malah Bank Islam juga memberitahu ada bukti beliau telah "scan" beberapa dokumen milikan Bank islam kepada individu pembangkang ini.

Panas dengan respon dan artikel daripada para blogger pro kerajaan, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam yang digantung kerja ini terus mengugut untuk mengambil tindakan saman setelah terbongkarnya perihal sebenar tindakan yang diambil Bank Islam.

Seakan sudah menjadi sinonim dan kebiasaan cara yang dilakukan oleh PR apabila berhujah mengenai hak kebebasan bersuara. Tabiat buruk, etika dan nilai moral yang rendah serta kesungguhan melawan ‘authority” seolah-olah sudah menjadi satu trend kepada pembangkang.

Apa lagi yang belum PR agungkan? Penjenayah, pembelot, penyeleweng, pemberi maklumat rahsia akaun pun sudah. Malah peliwat disanjung walaupun dilepaskan dari hukuman mahkamah atas dasar teknikal.

Nilai buruk dan kerendahan moral semakin menjadi sanjungan dalam perjuangan PR, malah nilai buruk ini mula dikaitkan dengan perjuangan Islam oleh parti Pas.

Dalam waktu PR mendabik dada kononnya rakyat semakin menyukai dan memuja pemimpin mereka namun perkara yang berlawanan pula yang berlaku pada waktu ini.

Watak-watak yang tidak dikenali dan bukannya personaliti politik kini terpaksa diseret ke kancah politik untuk menyemarakkan lagi sokongan.

Adakah kerana menyedari watak pemimpin yang sedia ada dan personaliti dalam kepimpinan PR yang semakin haus, tamat tempoh dan ketandusan isu ini, lalu watak yang tiada di dalam skrip lakonan pun harus di heret sama ke dalam kancah politik? Barangkali juga itulah modus operandi PR menjelang pilihanraya umum ini memandangkan pemimpin dalam PR itu sebenarnya semakin hilang kredibiliti dan watak baru amat diperlu kan pada waktu kecemasan ini. klpos

2 comments:

Anonymous said...

masalahnya kuasa penguatkuasaan dan kerajaan sendiri dilihat gagal bertindak sewajarnya...bacul....

Anonymous said...

LIWAT TETAP LIWAT.......ITU DAH JADI HOBBY KU, NAK BUAT MACAMANA !
TV BESI LAH JADI PELINDUNG KU...........

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive