DAP Kecewakan Penduduk Pulau Pinang..!!!


Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak menyediakan maklumat lengkap kepada orang ramai berhubung projek infrastruktur yang dilaksanakan di negeri ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, masalah kurangnya rundingan awam tidak sepatutnya berlaku kerana projek bernilai berbilion ringgit itu membabitkan dana umum dan berkait rapat dengan hak rakyat.

"Baru-baru ini laporan akhbar menyatakan kerajaan negeri akan membuka permohonan cadangan membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam serta jalan sepanjang 12 kilometer yang menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang serta beberapa projek lagi.

"Semua projek ini dijangka dibiayai melalui pertukaran tanah dengan syarikat-syarikat yang akan membangunkan projek berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. :- Utusan

PKR Anjur Ratu Maknyah..!!!


"Anjing -Anjing" Dan "Pencacai-Pencacai" Papa Gomo Mula Menyerang Babi UMB...!!!!! Umno Perlu Berhati -Hati!!!



UMNO kini perlu berhadapan dengan risiko paling besar dalam sejarah media maya kerana terpaksa menggalas biawak-biawak hidup yang bergelimpangan menjanakan hasrat 'Tuan Besar' yang menggaji puak-puak ini dibelakang tadbir.

Jangan dinafikan, imej dan kredibiliti UMNO semakin tercalar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan dosa dan noda permainan pejuang-pejuang yang kononnya memartabatkan maruah parti.

Jauh sekali bukti dan fakta yang mampu ditonjolkan, melainkan menghisap lendir-lendir fitnah sebagai pengisian artikel berbentuk dakyah dan tohmahan.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi membuat 'damage control' oleh blogger-blogger ini?

Suka atau tidak, golongan ini membawa nama baik UMNO kerana sememangnya mereka ini secara langsung bernaung di bawah parti keramat orang Melayu. KLIK DI GWM

"Anwar Ibrahim IBLIS" - Nazri Aziz...!!!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz hari ini mengelarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "IBLIS" ekoran cubaan Anwar Ibrahim yang mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

Untuk rekod Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan akan sokongan beliau kepada Keselamatan Israel dan mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari dalam negara dan juga negara negara Islam luar. KLIK DI KLpos

Surat Wasiat Tun Mahathir Kepada Presiden Israel...!!!




Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah:


i) Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;


ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan


iii)    Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

"Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

"Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," kata Anifah.

Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Anifah berkata, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini merupakan pendirian Malaysia selama ini," katanya.

Anifah berkata, surat-surat tersebut mencerminkan peranan dan usaha Mahathir dan Malaysia, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan
berkekalan terhadap konflik tersebut dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive