Xavier Jayakumar Perancang Utama Isu Air Selangor..


Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain. Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu.

Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak pembangunan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).

Xavier, dalam satu kenyataannya pada 01 Oktober 2012 seperti mana dipetik oleh Sinar Harian telah mengecam sikap cakna rakyat yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dalam isu air yang masih hangat diperkatakan ramai tika ini.

Kata Xavier, PPAMPS telah menyebabkan Hutan Simpan Kekal Lakum musnah manakala kira-kira 13,000 Orang Asli hilang tempat tinggal dan mata pencarian. Beribu-ribu lagi peneroka Felda Mempaga dan Lembah Klau pula hilang pendapatan selepas ladang mereka diambil alih untuk menyiapkan Empangan Klau yang bertujuan menyalurkan air mentah ke Sungai Langat.

Seimbas lalu kelihatan seperti Xavier adalah seorang pencinta alam sekitar dan amat prihatin nasib rakyat yang terjejas dengan pembinaan Empangan Klau.

Tapi sebetulnya, dakwaan liar oleh Xavier itu hanyalah satu penipuan. Hanya 115 keluarga Orang Asli yang terbabit dalam pemindahan ke penempatan baru. Manakala sejumlah 416 orang daripada 474 peneroka Felda Lembah Klau, hanya sebahagian tanah mereka sahaja diambil (kira-kira dua ekar) bagi menjayakan projek tersebut.

Bagi keluarga Orang Asli yang dipindahkan, mereka diberi rumah baru kos rendah beserta elaun RM400.00 hingga RM680.00 sebulan untuk selama 48 bulan selepas Empangan Klau siap dibina. Selain itu mereka turut mendapat 0.20235 hektar (setengah ekar) dan seluas 2.4282 hektar (enam ekar) tanah kelapa sawit yang telah siap ditanam.

Manakala golongan peneroka Lembah Klau yang sebahagian tanahnya terbabit dalam pembinaan Empangan Klau yang keluasan takungannya 2,300 hektar itu, masing-masing diberi pampasan wang ringgit antara RM44,000 hingga RM46,000 sehektar mengikut harga pasaran semasa tanah pertanian tika itu.

Jelas sekali, angka-angka yang disebut oleh pemimpin PKR Selangor itu bukan sahaja terlalu semberono malah nampak sangat merupakan satu cubaan mengalih isu sebenar. Serasi dengan nama parti yang disertainya PKR - Parti Kencingkan Rakyat.

Dalam isu air yang membabitkan Langat 2 dan PPAMPS ini sepatutnya sudah lama selesai sementelah lagi tahun 2014 yang dijangkakan akan berlaku krisis air pun sudah tidak berapa lama lagi.

Pahang sudah lama bersiap sedia dengan membina Empangan Klau bertujuan menyalurkan air mentah melalui PPAMPS hingga ke loji rawatan Langat 2. Satu usaha dan bukti keprihatinan Pahang terhadap negeri Selangor berjiran tambahan pula isu air melibatkan kehidupan khalayak dan nyawa rakyat.

Pembinaan Empangan Klau sudah lulus pelbagai kajian kesan alam sekitar oleh EIA sejak bertahun-tahun dulu tapi baru kini ditimbulkan semula semata-mata untuk mengabui mata rakyat yang semakin berang dengan kelemahan kerajaan Selangor.

Hanya selepas tersepit dengan kenyataan amaran dari MB Pahang baru kini Xavier mahu membicarakan masalah alam sekitar. Walhal, isu alam sekitar di Selangor yang mana sungai-sungai semakin cetek dan kotor manakala lubang-lubang besar terbentuk akibat perlombongan pasir berlebihan, tidak pula Xavier mengambil cakna masalah tersebut.

Tapi disebabkan keterlanjuran kerajaan PKR Selangor cuba mengambil kesempatan bermotifkan wang ringgit untuk kepentingan kroni melalui idea penyusunan semula pengurusan air di negeri itu, kesan mudaratnya akan balik semula kepada orang awam.

Alih-alih, nyawa rakyat juga yang menjadi taruhannya dan sebagai galang ganti isu alam sekitar ditimbulkan. Keperluan harian untuk kehidupan rakyat semacam tiada nilai bagi kerajaan PKR Selangor, sebaliknya soal keuntungan kroni lebih mendapat perhatian sama seperti isu sampah yang mengakibatkan kerajaan negeri rugi berpuluh juta ringgit untuk membeli lori sampah dari China.

Akhbar Suara Keadilan Dedah Kekayaan Rosmah Mansor


Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.

Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?

Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.

Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.

Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun? Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang Soros? atau wang Yahudi?

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet, perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.

Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.

Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros. Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.

BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.

Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.

Projek RAPID Bakal Senasib LYNAS..!!!!

alt

Kurang 1,000 orang penyokong pembangkang yang berselindung disebalik beberapa NGO proksi PR telah menyertai Himpunan Hijau Pengerang sebagai kemuncak bantahan terhadap pembangunan projeb Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Beberapa orang pemimpin pembangkang juga kelihatan antaranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, AJK Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat serta Hishammuddin Rais.

Melihat pada nama-nama itu, kita faham bantahan mereka terhadap projek RAPID lebih kepada motif politik hasil cucukan tangan dari orang luar. Para peserta pula rata-ratanya terdiri dari kalangan Cina DAP yang datang dari seluruh negara, sebahagian lagi adalah Cina PKR dan penyokong PAS serta hanya segelintir kecil sahaja penduduk tempatan.

Dan macam biasalah, Unit Amal PAS kerap menjadi balaci di barisan hadapan konon untuk mengawal keselamatan tanpa memahami bahawa isu yang mereka perjuangkan itu hanyalah ikut-ikutan kepada arahan abang besar mereka DAP.

Andai kata projek RAPID dipindahkan ke Pulau Pinang yang dikuasai DAP misalnya, percayalah bantahan sebegini tidak akan wujud kerana projek RAPID ada nilai tambah dan manfaatnya besar untuk kepentingan ekonomi penduduk setempat serta memberi impak baik kepada pembangunan negeri dan negara.

Tapi disebabkan kebetulan projek RAPID ini dilaksanakan di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN, manakala PR pula berangan-angan untuk menawan Johor, maka projek ini cuba digembar-gemburkan akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.

Tambah-tambah lagi, kedudukan Pengerang itu sendiri berdekatan dengan negara 'ayah angkat' DAP iaitu Singapura, maka jangan terkejutlah bila tangan-tangan ghaib orang SIngapura pun memainkan peranan besar memanipualsi isu ini untuk kepentingan mereka.

Dalam pada itu pemimpin PAS, Salahuddin Ayub berkata, "pendirian PR jelas untuk tidak menolak pembangunan, malah beliau turut berkata PR menerima projek ini (RAPID) jika ia dilaksanakan seperti di Kerteh dan Paka di Terengganu yang tidak dibangunkan atas pengambilan tanah penduduk".

Penjelasan oleh Salahuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian jelas berbeza dengan dakwaan pemimpin PR dan NGO proksi mereka yang mendakwa pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor akan membahayakan alam sekitar, membahayakan nyawa penduduk dan menyebabkan nelayan kehilangan sumber pendapatan. Hakikatnya soal pengambilan tanah tidak menjadi isu pun kepada penduduk di kampung-kampung tradisonal kerana pemilik tanah rakyat tempatan masing-masing mendapat pampasan wang ringgit di masa yang sama diberi hak memiliki 0.8 hektar tanah gantian.

Penduduk yang terlibat juga diberi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta mendapat subsidi pembelian rumah baru di antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit. Penempatan baru untuk mereka pula hanyalah 15 kilometer sahaja dari tapak asal.

Ada cerita lain sebenarnya disebalik bantahan pembangkang dan NGO proksi mereka terhadap projek RAPID di Pengerang. Hampir sama macam bantahan mereka terhadap Lynas yang berpunca dari hasutan Cina DAP dan Cina PKR selepas mendapat jolokan habuan dari syarikat rare earth dari Cina, di Pengerang pula tangan-tangan luar juga memainkan peranan utama.

Alasan NGO proksi PR dan pemimpin pembangkang yang lain kononnya ramai penduduk membantah projek RAPID sebenarnya bukanlah suara asli rakyat tempatan, sebaliknya hanya segelintir penduduk yang menjadi proksi pemilik tanah kepada rakyat Singapura sahaja yang memprotesnya.

Di sekitar Pengerang banyak tanah dan rumah yang nama pemiliknya adalah orang Melayu dan Orang Asli tapi sebenarnya hanyalah proksi kepada rakyat Singapura yang menjadi pemilik sebenar. Apabila projek RAPID dimulakan, kesan besarnya terhadap rakyat Singapura kerana mereka tidak mendapat pampasan tanah sebaliknya hanya memperolehi pampasan wang tunai sahaja.

Begitu juga alasan pembangkang kononnya projek RAPID akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar juga hanyalah perisa tambahan untuk mengabui mata khalayak semata-mata. Projek yang sama sudah lama wujud di Kerteh Terengganu, Gebeng Kuantan, Pahang malah Jurong di Singapura boleh saja berjalan lancar hingga kini, tiada pun kesan buruk pada kesihatan.

Jelas sekali cerita-cerita negatif berkaitan kesan buruk pada kesihatan penduduk mahupun pada alam sekitar bukannya satu masalah, sebaliknya isu utama yang menjadi tumpuan sebenarnya ialah tangan-tangan orang Singapura yang terjejas bila mana hartanah mereka di Pengerang diambil alih untuk menjayakan projek RAPID.

Dengan kedudukan Pengerang yang terlindung dari angin monsun dan kawasannya yang strategik sebagai laluan perkapalan, tentu sahaja ada sebab untuk Singapura runsing kesan buruknya terhadap kompleks sama yang mereka miliki di Jurong.

Projek RAPID bila siap kelak akan memberi kesan besar dalam memakmurkan ekonomi negeri Johor malah impak positifnya turut memberi faedah kepada negara. Dengan lebih 50,000 peluang pekerjaan yang bakal tersedia, tentu sahaja limpahan ekonominya turut membawa nikmat untuk penduduk setempat serta sekitarnya.

Bajet Alternatif Bercanggah Dengan Buku Jingga


Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan. PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza. Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol’.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan. Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar. Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini?

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma. Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya. Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah. Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang. Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya. Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Kerajaan Selangor Gagal Laksanakan Tanggungjawab..!!!

alt

Kerajaan Selangor masih gagal melaksanakan Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat tahun lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan Selangor seharusnya mengambil serius mengenai hal ini kerana penghuni rumah pangsa menjadi mangsa dalam manifesto yang ditaburkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demostrasi secara aman, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.

"Mereka langsung tidak simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya mereka yang menghuni di rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Apartment Rista Villa, Putra Perdana di sini hari ini.

Menurut Sohaimi, tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan bahawa kepimpinan PKR yang kononya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan hanyalah 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Sikap membisu beliau (Khalid) turut menunjukkan kerajaan negeri tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami masalah rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Sohaimi berkata, penduduk di Apartmen Putra Perdana akan memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan negeri berhubung kegagalan melaksanakan skim air percuma kepada mereka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan. KLPOS

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive